Telegram Web
Ramai yang tidak tahu kewujudan TH Khairat yang bernilai RM12,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Sumbangan tahunan pun rendah iaitu serendah RM28 setahun.

Yang belum mohon, tuan puan boleh terus memohon melalui app THiJARI.

Jangan tangguh tuan puan.

Sumber : Abu Nuha Nuwairah

@NotaUmrahDIY
50% diskaun sempena promosi musim sejuk

@NotaUmrahDIY
Sekiranya anda transit melebihi 12 jam di Saudi, anda perlu mempunyai visa transit. Tidak dibenarkan berada di transit area dan perlu keluar

Pengalaman admin baru-baru ini semasa check in di kaunter saudia, ada seorang penumpang tidak dibenarkan check in sebab tiada visa transit. Beliau akan transit melebihi 12 jam. Kalau anda nak check in online sekali pun kononya boleh lepas, perlu masukkan maklumat visa juga

@NotaUmrahDIY
Terbaca isu viral ni teringat trip umrah ketika zaman remaja bersama sahabat suatu ketika dahulu

Ketika itu kami berlima pergi berjalan-jalan di Balad, Jeddah. 2 dari kami muka jambu habis. Dari jauh admin nampak kelibat sorang lelaki badwi memandang dan menghampiri kami. Tiba-tiba tak semena-mena dir*b*nya dada rakan kami yang jantan ni. Semua pakat tergamam

Selepas itu pula, dia r*b* pula punggung lagi sorang sahabat sorang ni. WWhatttt.. 2x tergamam. Mujurlah admin muka pecah rumah, silap r*b* pecah muka dia. Lagi 2 orang pula gemok, memang takde point dia nak buat begitu

Nampak dia semakin agresif. Nak rimbuk atau melawan nampak dia pula dah tak macam orang normal dah, mulutnya semakim riuh macam hendakkan sesuatu. Memikirkan kami di negara orang, keputusan paling terbaik ialah :

"Weh, lari wehh..lari..lari..

selerakkk..selerakkk..."


Lari lintang pukang, tak cukup tanah dibuatnya. Habis celah-celah bangunan ditembusi. Mujur akhirnya semua jumpa balik. Kesian 2 orang lagi tu mengahh lari belakang sekali

Hari tu kami balik ke Makkah dengan berdekah tak sudah bila teringat moment tersebut 😂

Betul lah kata orang, zaman ni jadi lelaki pun tak selamat. Wanita lagi lah terutamanya yang pergi secara solo

Isu viral
https://www.facebook.com/share/p/9eziKDkLDtjDiSSN/

@NotaUmrahDIY
Boleh cashback lagi, Alhamdulillah

Setiap kali buat tempahan di agoda, booking, trip.com dan lain-lain kita berpeluang dapat cashback

Bagaimana ? boleh rujuk posting terdahulu di link ini

https://www.tgoop.com/NotaUmrahDIY/2281

@NotaUmrahDIY
Antara kisah yang berlegar tetapi tidak mempunyai sandaran sahih:

- Hotel Waqf Uthman bin Affan sering disebut sebagai milik khalifah ketiga, Uthman bin Affan RA. Namun, hakikatnya hotel tersebut adalah wakaf daripada beberapa kerabat dari Bukhara (Uzbekistan), yang kemudian menamakan wakaf tersebut sebagai Waqf Uthman.

Dr. At-Tayyib turut menambah bahawa syarikat wakaf mereka masih beroperasi dan terletak di kawasan Syari‘ Mator lama di Madinah.

- Saya juga sempat bertanya tentang ketepatan penisbahan Telaga Ghars kepada Sa‘ad bin Khaythamah.

Dr. At-Tayyib tidak menafikan maklumat tersebut, cuma beliau menyebut bahawa yang mula-mula menggali telaga tersebut ialah datuk Sa‘ad, iaitu Ibn Nahhat.

Hadith-hadith yang meriwayatkan tentang jenazah Nabi ﷺ dimandikan dengan air dari telaga tersebut, dan kisah-kisah seumpamanya, adalah hadith dhaif. Namun, hadith-hadith ini masih boleh digunakan dalam konteks sirah sebagai sebahagian daripada naratif sejarah.

- Telaga Iziq, yang dikatakan lokasinya di kebun Mustazil berdekatan Masjid Quba, dikritik keras oleh Dr. At-Tayyib. Beliau menegaskan, "Bagaimana mungkin telaga yang usianya baru lebih kurang 70 tahun boleh disandarkan kepada Nabi?!"
___
Abu Umar, Iqbal
Hari keenam daurah Ma’alim Al-Madinah,
25 Rabi’ I 1446 H | 28 Oct 2024

Link asal
https://www.facebook.com/share/p/14vwEHcP6q/

@NotaUmrahDIY
Tempat simpanan bagasi PERCUMA kini kembali beroperasi berhampiran Masjidil haram

Anda kini boleh meninggalkan bagasi samada ketika menunggu hotel check in lewat lagi atau ketika transit semasa umrah. Perlu bawa pasport bersama kerana petugas akan memberi tag dalam bentuk sticker yang ditampal pada belakang passport dan bagasi ketika urusan simpanan dan claim semula nanti.

Lokasi berhampiran hentian teksi di Jabal Omar, berhampiran bangunan tambahan masjidil haram yang baru (dahulu digunakan sbg pintu masuk utk saringan tawakkalna dan eatamarna (Nusuk skrg) semasa musim haji era pandemik Covid. Boleh lihat pada video lokasi tempat penyimpanan bagasi.

posting
https://www.facebook.com/share/19ZGrHVW4J/

@NotaUmrahDIY
Perkongsian jemaah

***

Assalamualaikum.

Saya nk share pengalaman naik makkah bus. Seronok sbb nampak sisi lain bandar makkah.. cantik dan bersih jalan nya. Bas pun bersih dan selesa. Aircond sejuk dan efficient. Waiting period less than 10 mins. Sempat saya jalan2 ke Hira’ Cultural District dan singgah solat asar di Masjid Aisyah. Ingat nk singgah kakiyah tp kami x teruskan hajat sbb dah lewat ptg.

Makkah bus bayaran SAR4/pax dan free rides 2 jam. Belian tiket hanya topup shj ewallet dalam apps makkah bus. Semua info mengenai routes dan jadual ada dlm apps. 😊

Posting asal
https://www.facebook.com/share/156Y3mF5AV/

@NotaUmrahDIY
Nak tau anggaran kos Umrah DIY ? Boleh follow posting brother ini. Admin pun sempat grab tiket promo Saudia ogos lepas seperti beliau

Bezanya dia beli direct website, admin beli di trip.com, infant admin boleh harga RM 84 saja selepas tolak diskaun, beli direct website memang tak dapat semurah ini. 3rd party boleh combo dengan baucer dan diskaun lain cumanya pastikan 3rd party yang reliable seperti trip.com

Posting asal
https://www.facebook.com/share/14VZQAuygm/

@NotaUmrahDIY
TIKET SAUDIA semasa Ramadhan 1446 / 2025 melalui app trip.com
SIAP dapat akses PERCUMA ke VIP Lounge di airport (sekiranya sudah update level ke platinum)

* * * * * *

Daftar di sini untuk menerima rebat dari trip.com
https://my.trip.com/sale/4283/referee.html?locale=en-MY

* * * * * *

Tarikh
Hujung Feb 2025 - awal April 2025
RM 2,4xx - RM2,7xx
Masukkan Promo code SV150 - terhad 2 x penggunaan setiap pengguna. Daftar baru kalo nak guna lagi.
Tarikh akhir penggunaan promo - 14 Nov 2024 23:59 malam

Ada pelbagai variasi
Return, buat pilihan ke Madinah
Kul - Med
RM2,4xx (selepas diskaun RM150)

Multicity tanpa transit, direct
Kul - Med / Jed - Kul
RM2,7xx (selepas diskaun RM150)

Selamat memburu

Perbincangan lanjut klik
https://www.facebook.com/share/1Afpyw7hZQ/

@NotaUmrahDIY
Senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) 2025. Berwasapada jika selain dari ini

@NotaUmrahDIY
2025/08/25 04:30:24
Back to Top
HTML Embed Code: