tgoop.com/NotaUmrahDIY/3918
Last Update:
Antara kisah yang berlegar tetapi tidak mempunyai sandaran sahih:
- Hotel Waqf Uthman bin Affan sering disebut sebagai milik khalifah ketiga, Uthman bin Affan RA. Namun, hakikatnya hotel tersebut adalah wakaf daripada beberapa kerabat dari Bukhara (Uzbekistan), yang kemudian menamakan wakaf tersebut sebagai Waqf Uthman.
Dr. At-Tayyib turut menambah bahawa syarikat wakaf mereka masih beroperasi dan terletak di kawasan Syari‘ Mator lama di Madinah.
- Saya juga sempat bertanya tentang ketepatan penisbahan Telaga Ghars kepada Sa‘ad bin Khaythamah.
Dr. At-Tayyib tidak menafikan maklumat tersebut, cuma beliau menyebut bahawa yang mula-mula menggali telaga tersebut ialah datuk Sa‘ad, iaitu Ibn Nahhat.
Hadith-hadith yang meriwayatkan tentang jenazah Nabi ﷺ dimandikan dengan air dari telaga tersebut, dan kisah-kisah seumpamanya, adalah hadith dhaif. Namun, hadith-hadith ini masih boleh digunakan dalam konteks sirah sebagai sebahagian daripada naratif sejarah.
- Telaga Iziq, yang dikatakan lokasinya di kebun Mustazil berdekatan Masjid Quba, dikritik keras oleh Dr. At-Tayyib. Beliau menegaskan, "Bagaimana mungkin telaga yang usianya baru lebih kurang 70 tahun boleh disandarkan kepada Nabi?!"
___
Abu Umar, Iqbal
Hari keenam daurah Ma’alim Al-Madinah,
25 Rabi’ I 1446 H | 28 Oct 2024
Link asal
https://www.facebook.com/share/p/14vwEHcP6q/
@NotaUmrahDIY
BY Nota Umrah DIY
Share with your friend now:
tgoop.com/NotaUmrahDIY/3918