tgoop.com/NotaUmrahDIY/3915
Last Update:
Terbaca isu viral ni teringat trip umrah ketika zaman remaja bersama sahabat suatu ketika dahulu
Ketika itu kami berlima pergi berjalan-jalan di Balad, Jeddah. 2 dari kami muka jambu habis. Dari jauh admin nampak kelibat sorang lelaki badwi memandang dan menghampiri kami. Tiba-tiba tak semena-mena dir*b*nya dada rakan kami yang jantan ni. Semua pakat tergamam
Selepas itu pula, dia r*b* pula punggung lagi sorang sahabat sorang ni. WWhatttt.. 2x tergamam. Mujurlah admin muka pecah rumah, silap r*b* pecah muka dia. Lagi 2 orang pula gemok, memang takde point dia nak buat begitu
Nampak dia semakin agresif. Nak rimbuk atau melawan nampak dia pula dah tak macam orang normal dah, mulutnya semakim riuh macam hendakkan sesuatu. Memikirkan kami di negara orang, keputusan paling terbaik ialah :
"Weh, lari wehh..lari..lari..
selerakkk..selerakkk..."
Lari lintang pukang, tak cukup tanah dibuatnya. Habis celah-celah bangunan ditembusi. Mujur akhirnya semua jumpa balik. Kesian 2 orang lagi tu mengahh lari belakang sekali
Hari tu kami balik ke Makkah dengan berdekah tak sudah bila teringat moment tersebut 😂
Betul lah kata orang, zaman ni jadi lelaki pun tak selamat. Wanita lagi lah terutamanya yang pergi secara solo
Isu viral
https://www.facebook.com/share/p/9eziKDkLDtjDiSSN/
@NotaUmrahDIY
BY Nota Umrah DIY
Share with your friend now:
tgoop.com/NotaUmrahDIY/3915