tgoop.com/NotaUmrahDIY/4002
Last Update:
Throwback
Terbaca temu bual Duta Malaysia di Iran yang baru tiba di KLIA selepas mereka terpaksa merentasi lebih 1000km melalui laluan timur untuk pulang ke tanah air, terus mengimbau kenangan tahun 2022.
Kenangan sewaktu Trip Mega 2.0. Ketika itu, Jordan dilanda rusuhan besar hingga pihak U.S mengeluarkan amaran perjalanan kepada warganegara mereka. Kalau mahu diceritakan seluruh kisahnya, memang panjang. Kenangan penuh warna, manisnya tetap terasa walau pahit tak kurang juga.
Selepas mendapat nasihat perjalanan dari pegawai Kedutaan Malaysia di Amman kami segera membuat keputusan untuk pendekkan lawatan dan terus laksanakan Plan B yakni keluar dari Jordan melalui laluan timur menuju ke Madinah. Sedangkan rancangan asal kami ialah bergerak ke selatan melalui Wadi Rum dan Aqaba.
Laluan baharu itu sejauh hampir 1200km. Lebih panjang dari laluan asal yang sudah 1000km juga jauhnya. Tapi Subhanallah dalam jarak sejauh itu tak terasa pun kepenatannya diperjalanan sejauh itu. Allah mempermudah setiap langkah dan perjalanan kami. MasyaAllah, Tabarakallah.
Sedar-sedar, buka mata beberapa kali… terus terpandang Masjid Nabawi berdiri megah di depan mata. Alhamdulillah perasaan yang takkan mampu diungkap dengan kata-kata.
Hari ini berita dari Timur Tengah agak positif. Ada tanda-tanda gencatan senjata antara Iran dan Israel. Maka, persiapan awal dan penyelidikan untuk trip ke Syria hujung tahun ini diteruskan semula.
Semuanya masih tertakluk kepada keadaan semasa, namun insyaAllah admin yakin tidaklah sampai membawa kepada perang dunia.
Nak ikut trip Syria? Nantikan makluman lanjut dari kami.
@NotaUmrahDIY
BY Nota Umrah DIY
Share with your friend now:
tgoop.com/NotaUmrahDIY/4002