tgoop.com/NotaUmrahDIY/3970
Last Update:
HAJI TANPA VISA YANG SAH
Saya nak tulis perkara ni sekali sahaja, semoga sampai pada mereka yang berkenaan.
Sejak 2 tahun lepas, telah bermula satu gerakan membawa jemaah pergi menunaikan haji tanpa visa yang sah.
Modus operandinya, mereka akan masuk pada bulan syawal menggunakan visa selain visa haji, kemudian akan tinggal di Makkah secara senyap sehinggalah tiba musim haji.
Tunai haji tanpa visa yang sah ni bukan perkara baru, ini perkara yang berlaku setiap tahun. Nak kawal jutaan manusia bukan sesuatu yang mudah.
Tapi tahukah anda apa yang paling menjijikkan?
Yang paling menjijikkan adalah mereka yang tanpa segan silu mempromosikan haji tanpa visa yang sah.
Tanpa segan silu, mereka sediakan pakej yang kelihatan murah, bila tiba disana, baru timbul bermacam masalah.
Tanpa segan silu, mereka ajak semua orang pergi haji seperti seorang PATI.
Ramai juga kawan2 saya yang pergi haji begini, tapi mereka pergi sendiri, senyap senyap tanpa ajak orang lain.
Saya rasa ralat nak bercakap pasal ni, tapi kalau tak cakap, makin ramai akan kena tipu dengan sebahagian manusia yang mencari makan dengan cara begini.
Tahun tahun mendatang, kalau Malaysia pula yang dikenakan sekatan perjalanan, ditarik semula nikmat visa pelancong yang kita nikmati, saya harap mereka yang sedang aktif mencari mangsa sekarang ini dapat insaf dan menyesali perbuatan mereka.
Coretan oleh Mursyid Halim
@NotaUmrahDIY
BY Nota Umrah DIY
Share with your friend now:
tgoop.com/NotaUmrahDIY/3970