tgoop.com/NotaUmrahDIY/3963
Last Update:
Terbaca posting ini di FB Group BBM tentang trip ke Syria bulan lepas. Terimbaulah kenangan Admin secara tidak dirancang dapat masuk ke Syria ketika trip Mega 2.0 lepas. Ketika tu Israel tengah ghairah “pancung” group leader dari memasuki Palestine, jadi admin tidak dapat masuk bersama jemaah. Asbab ni juga ditambah sebab-sebab lain admin jadi serik nak anjur Trip ke Palestine lagi dah. Kemana-mana pun selepas itu, lebih selesa dengan circle sediada sahaja kerana mereka sudah saling memahami
Dalam masa 2 hari ikhtiar, akhirnya alhamdulillah dapat permit kebenaran dari Syria. Seawal subuh kami terus bergerak ke sempadan. Dari sempadan menuju ke Damascus, banyak sekali check point tentera. Itu belum cerita lagi entah berapa kali ditahan kereta kastam ditepi jalan. Penuh keterujaan sepanjang ziarah mengejut ke Syria ini, lagi menarik kalau dapat dibukukan kembara ini. Tapi itulah, admin dah berapa kali dah tulis padam tulis padam sebelum ini 😆
Kasi #teaser dulu. Admin memang berhajat untuk ke Syria lagi hujung tahun ini. Nak gerak 1 kereta sahaja, 4 orang lelaki. Perlu lagi 2 orang lelaki anak muda bawah 35 tahun. Nak join ? Nantikan maklumat lanjut…
*
SYRIA IS FREE
Trip ziarah Syria di bawah kepimpinan baharu. 2 - 7 Februari 2025.
Awal Februari 2025 kami berpeluang untuk masuk ke Syria. Suasana di ibu negara Syria, Damsyik agak berbeza dari yang sebelum ini. Maklumlah kerajaan regim sebelum ini sudah digulingkan dan kerajaan baharu pula yang memerintah.
Asalnya kami tidak dibenarkan masuk ke Syria disebabkan kerajaan di sana belum stabil dan masih dalam keadaan bahaya. Askar-askar regim Basyar masih ramai yang menyorok dan melarikan diri ke Lubnan dan Iraq.
Hanya warganegara Syria dan Lubnan sahaja dibenarkan untuk masuk ke Syria, hatta warganegara Jordan sendiri pun tidak dibenarkan untuk masuk ke sana. Kalau nak masuk juga mesti ada surat kebenaran dari kementerian dalam negeri Jordan. Memang rumit.
Syarikat Bas di Jordan juga tidak dibenarkan menjual tiket bas kepada warganegara selain daripada Syria dan Lubnan. Akhir sekali kami cuba masuk ke Syria dengan teksi tanpa surat kebenaran kementerian dalam negeri dan hanya berbekalkan passport Malaysia.
Awalnya pemandu teksi tu tak nak hantar kami ke sana. Kemudian setelah beberapa sesi pujukan akhirnya dia setuju. Setibanya kami di pintu sempadan Jordan - Syria, imigresen minta surat kementerian dalam negeri, tapi kami bagitahu mereka tak ada. Kemudian mereka membenarkan kami masuk ke kawasan kastam kemudian ke kaunter cop passport di pejabat Imigresen sempadan Jordan - Syria. Tak sampai 10 minit siap semua urusan.
Kemudian kami bergerak pula menuju ke Imigresen Syria. Masa mula-mula masuk Syria tu memang meremang. Lain macam suasana kat sana. Askar yang jaga sempadan pakai seluar jeans dan baju t-shirt biasa je. Kemudian ada banyak jenis pakaian askar-askar yang berbeza-beza. Ini disebabkan kerajaan baharu di Syria sekarang hasil gabungan daripada beberapa pasukan mujahidin. Jadi pakaian mereka berbeza.
Setelah merentasi check point tentera sempadan, kami masuk ke Imigresen. Tak sampai 10 minit siap urusan cop passport. Hanya kami warganegara bukan arab, yang lain semuanya arab. Mereka macam tengok pelik kat kami, macam mana orang bukan arab boleh masuk, orang Jordan sendiri pun tak boleh masuk.
Duit Syria sekarang ni makin naik. Bulan September 2024, tukar 100usd dapat 1.8juta lira. Tapi Februari 2025 haritu, tukar 100usd dapat 800k lira sahaja. Harga barang tak turun. Jadi kos di sana agak mahal. Kos di sana selama 5 hari sekitar Rm1500.
Amman - Damascus : Rm200
Hotel 4 Bintang : Rm440
Damascus - Amman : Rm130
Tax keluar jordan : Rm60
Transport dalam Syria : Rm230
Makan & Minum : Rm260
Shopping : Rm200
Secara keseluruhan, keadaan di Syria sekarang selamat untuk dikunjungi dan rasa lebih aman di bawah kepimpinan kerajaan baharu. InshaAllah tunggu kerajaan mereka stabil dulu, nanti kami masuk lagi ke sana. Saya kongsikan gambar dan sambungan cerita di gambar kat bawah.
Posting asal
https://www.facebook.com/share/p/1Y8cXky8hL/?
@NotaUmrahDIY
BY Nota Umrah DIY
Share with your friend now:
tgoop.com/NotaUmrahDIY/3963