NOTAUMRAHDIY Telegram 3959
Fatwa Puasa Kontemporari

[Perkara furū' khilāfiah, tidak perlu diperbesar-besarkan dan terbuka kepada perbahasan berhikmah, lebih utama untuk fokus pada perkara-perkara usul, maqāsid, kulliyāt dan yang disepakati].

1. Dibolehkan bagi wanita yang haid untuk mengambil pil penahan haid bagi membolehkannya berpuasa.

٠ (Fatwa Syaikh Dr. Wahbah al-Zuhayli رحمه الله).

===========

2. Penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa.

٠ Bahan yang terdapat dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut adalah terlalu sedikit dan hanya akan terjadi sekiranya tersalah teknik semburan.

٠ Oleh itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyas kepada berkumur dan istinsyāq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu')

٠ Majallah Majma' Fiqh al-Islami 10/913

==========

3. Minyak yang sampai kepada jauf melalui serapan daripada lubang pori-pori (liang roma), kepala atau perut yang disapu minyak dengan sesuatu akhirnya meresap masuk ke dalam, atau celak yang dipakai pada mata kemudian terdapat rasa celak pada tekak, tidak membatalkan puasa kerana ia bukan saluran rongga yang terbuka.

٠ Sebahagian ulama menyatakan, masuk sesuatu pada luka, tidak memberi kesan apa-apa kepada puasa kerana ia bukan saluran terbuka secara asal.

٠ Jurnal Majma' al-Fiqh al-Islami (10/652)

==========

4. Rawatan yang melibatkan rongga yang terbuka adalah membatalkan puasa.

٠ Ini menurut jumhur ulama sepertimana disebut oleh Imam al-Nawawi رحمه الله dalam al-Majmūk 6/330

==========

5. Berbekam tidak membatalkan puasa.

==========

6. Rawatan dialisis samada Hemodialisis (HD) atau Peritoneal Dialysis (PD) tidak membatalkan puasa.

٠ Apa yang difahami dengan membatalkan puasa bukanlah apa yang sampai kepada mana-mana rongga, tetapi apa yang sampai kepada ruang penghadaman untuk makanan dan minuman.

٠ Ubat yang dimasukkan dalam darah untuk proses dialisis pula tidak bertujuan untuk mengenyangkan sebaliknya untuk tujuan rawatan.

٠ Dar al-Ifta al-Misriyyah 1/93, Majma' Fiqh al-Islami 10, 2/290.

==========

7. Suntikan menyalurkan ubat yang memberikan tenaga seperti glukosa membatalkan puasa.

٠ Majma' al-Fiqh al-Islami 3 Julai 1997

==========

8. Penggunaan sublingual medication tidak membatalkan puasa bagi penyakit jantung dan juga lainnya selagi mana ianya tidak ditelan melepasi kerongkong.

٠ Majma' Fiqh al-Islami 93 (1/10)

==========

9. Tahap keseriusan penyakit yang boleh mengharuskan berbuka puasa itu perlu berdasarkan prognosis doktor yang muslim, adil lagi terpecaya.

٠ Hasyiah al-Jamal 2/332

==========

10. Berkumur-kumur menggunakan mouth-rinsing gargle seperti ubat kumur misalnya, tidak membatalkan puasa.

٠ Ini kerana, ia tidak sampai kepada had batin bagi rongga mulut iaitu makhraj huruf al-hā' (ح).

٠ Berkumur-kumur secara gargling hanya melibatkan sekitar had zahir iaitu makhraj huruf al-khā' (الخاء).

٠ Air kumur yang tersisa dalam mulut, sekiranya saki-baki airnya kekal dalam mulut selepas diluahkan, ia tidak membatalkan puasa dan tidak perlu mengeringkannya.

٠ Al-Majmūk 6/327

==========

11. Individu yang dibius dan pengsan bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari, tidak sah puasanya.

٠ Manakala, jika dibius dan pengsan separuh hari, atau pengsan seketika dan tersedar, puasanya sah.

٠ al-Majmūk 6/346

==========

12. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi tidak membatalkan puasa.

٠ Dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

٠ Ini termasuk juga rawatan memutihkan gigi selama mana tidak menelan air semasa proses rawatan.

٠ Majma' Fiqh al-Islami 93 (1/10) 3 Julai 1997

==========

13. Penggunaan ubat mata tidak membatalkan puasa walaupun ubat tersebut terasa ditekak kerana mata bukan rongga terbuka.

==========

14. Para ulama Syafi'iyyah sepakat, penggunaan jarum suntikan (al-ibrah) infus melalui pembuluh darah ketika berpuasa adalah harus sekiranya darurat.

٠ Mereka رحمهم الله berbeza pendapat, adakah batal ataupun tidak, ada 3 pendapat.

tgoop.com/NotaUmrahDIY/3959
Create:
Last Update:

BY Nota Umrah DIY

Share with your friend now:
tgoop.com/NotaUmrahDIY/3959

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

A vandalised bank during the 2019 protest. File photo: May James/HKFP. The Channel name and bio must be no more than 255 characters long Hui said the messages, which included urging the disruption of airport operations, were attempts to incite followers to make use of poisonous, corrosive or flammable substances to vandalize police vehicles, and also called on others to make weapons to harm police. Choose quality over quantity. Remember that one high-quality post is better than five short publications of questionable value. End-to-end encryption is an important feature in messaging, as it's the first step in protecting users from surveillance.
from us

Telegram Nota Umrah DIY
FROM American