tgoop.com/NotaUmrahDIY/3953
Last Update:
In-flight seat chat feature
@ Saudi Airlines
Baru-baru ini semasa dalam penerbangan pulang dari trip rareunion 20 hari ke 6 buah negara eropah bersama alumni FUDIY, admin ada cuba 1 feature baru dari Saudia Airline yakni in flight seat chat. Admin yakin dah lama ada cuma selama ni tak pernah perasan kewujudannya. Jadi admin cuba buat carian, tiada sharing lagi dari orang lain setakat ni.
Haa masa tu naik 787 dreamliner. Semasa penerbangan, admin ada cuba menguji feature ini dengan cuba berkomunikasi dengan beberapa jemaah tak dikenali. (Minta maap sebab tak tahu seat jemaah sendiri, Kah). Ada yang approve tapi mungkin sebab tak perasan message notification berikutnya, jadi terabai message admin kepada mereka 😆
Akhirnya anak “pak cik” depan seat ni jadi bahan uji kaji. Admin nampak dia approve. Kemudian naik message notification pada screen beliau (rujuk gambar ke 3). Malangnya kalau sesiapa tak perasan, pakai habis gitulah tak dilayan.
Jadi selepas ini anda dah boleh berkomunikasi dengan jemaah/keluarga anda sewaktu dalam penerbangan dengan syarat kena tahu mereka duduk di seat berapa. Tak perlulah kena jalan kaki ke depan belakang untuk remind waktu solat sewaktu penerbangan dan sebagainya.
Semoga bermanfaat
@NotaUmrahDIY
BY Nota Umrah DIY
Share with your friend now:
tgoop.com/NotaUmrahDIY/3953