Warning: Undefined array key 0 in /var/www/tgoop/function.php on line 65

Warning: Trying to access array offset on value of type null in /var/www/tgoop/function.php on line 65
1348 - Telegram Web
Telegram Web
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
[Kompas (Direction) Sirah]

Hari ni menggunakan Replika Sirah, Khas peristiwa Hijrah Rasulullah SAW untuk dikongsikan kepada kanak-kanak.

Pre & Post dijalankan. Kaedah ni membantu memori visual & Kinestetik mengingat dalam tempoh panjang kerana berbuat dan ada imaginasi. Nilai lebih mudah nak diterapkan bila ada jalan cerita dan fokus group.

Insya Allah step berikutnya bulan Oktober akan ada fungsi TVET di dalamnya. Lepas ni, ada voice sendiri yang keluar dan explain pada check point tertentu.

Manakala, Tahun 2026 mungkin akan di "Lego" kan pula dalam bentuk mainan dan ringan?

Moga terus di inovasi kan untuk lebih ramai rasa seronok belajar Sirah yang bermula dari usia kanak-kanak lagi.

Boleh ikuti di telegram: https://www.tgoop.com/usttalhahajmain
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
[Sirah AI & Digital]

Coming soon — Nadi Sirah 🚀

Dibangunkan bersama pasukan Fakulti Komputeran (AI) dan rakan industri (web interaktif).

Setelah hampir dua bulan dibangunkan dan dilatih, kini tiba masa kami ke sesi pitching geran esok.

Pitching? Untuk dibentang agar ada laluan boleh sebarkan lebih luas dan boleh tambah baik lagi

Mohon doa agar usaha kecil ini dapat menjadi sumbangan dalam bidang pendidikan Sirah.
Moga manfaatnya tersebar lebih luas, insya-Allah .

Boleh ikuti di telegram: https://www.tgoop.com/usttalhahajmain
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
[Menyumbang Kepada Komuniti]

Projek COMPASS SIRAH bersama Sekolah Raudatul Iman .

Untuk anak² terdidik dengan contoh Islam sejak dari awalan dini.

Moga dijayakan seperti yang dirancang.

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ

Boleh ikuti di telegram: https://www.tgoop.com/usttalhahajmain
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
[Fast Track Pelajar PhD kajian Pendidikan Islam di SDH]

Alhamdulillah, mabruk diucapkan kepada saudara Al-Afiq, yang baru sahaja lulus kelayakan QT untuk Fast Track PhD.

Beliau aktif menjalankan kajian berkaitan Sekolah dalam Hospital (SDH), satu bidang yang amat penting untuk anak-anak yang memerlukan pendidikan ketika menjalani rawatan kesihatan. Di Barat, khususnya di UK dan Eropah, kajian tentang SDH sudah jauh ke hadapan, sejak 1930, malah aspek kerohanian turut diambil kira dalam pendidikan hospital mereka.

Malaysia pula mempunyai kekuatan tersendiri walaupun SDH baru bermula sejak 2011. Namun, Perlembagaan kita meletakkan kepercayaan kepada Tuhan sebagai asas, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menekankan keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Justeru, apabila anak-anak sakit, pendidikan yang menghubungkan mereka kembali kepada Allah SWT adalah motivasi yang sangat diperlukan.

Semoga kajian beliau kelak menjadi sumbangan bermanfaat, sekaligus memperkaya khazanah pendidikan Islam dalam konteks di SDH, insya-Allah.

Berikut adalah tiga artikel saya bersama pelajar dalam bidang Sekolah dalam Hospital (SDH) yang telah diterbitkan:
1️⃣ WoS - Paper Bibliometrik: https://doi.org/10.21834/e-bpj.v10iSI33.7078
2️⃣ Scopus - Paper konsep (LR): https://doi.org/10.26803/ijlter.24.6.21
3️⃣ MySintasi - Paper SLR: https://doi.org/10.70148/rise.v2i3.2

Moga bermanfaat.

Boleh ikuti di telegram: https://www.tgoop.com/usttalhahajmain
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
[Anugerah itu Amanah]

هٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي

Menerima Award Islamic Education dari Malaysia Education & TVET Awards 2025 yang diserahkan oleh YB Datuk Ts Mustapha Sakmud selaku Timbalan Menteri KPT Malaysia.

Anugerah ini sebenarnya, ramai yang menyumbang kepada diri ini, kerana sokongan keluarga, pendidik, sahabat-sahabat, para pelajar, dan rakan seperjuangan yang sentiasa bersama.

Moga anugerah ini menjadi peringatan untuk saya terus memperbaiki diri, terus menyumbang lagi dalam dunia pendidikan Islam, bekarya dalam Masyarakat serta menjadi amanah yang akan ditanya di hadapan Allah kelak. Doakan saya istiqamah.

Syukran jazilan kepada semua yang sentiasa memberi dorongan. Terima kasih pihak organiser yang membenarkan bawa 5 orang, alang² saya bawa ibu Noraini Mohd Nor ayah Ibnuabid Safar , ibu mertua Zainab Zakaria , isteri dan diri.

P/s: Untuk nak tengok inovasi Sirah, jumpa pada NALI 2025, kali ni kami gabungkan AI & TVET.

Boleh ikuti di telegram: https://www.tgoop.com/usttalhahajmain
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
[Kajian AR dalam Pendidikan Islam]

Alhamdulillah artikel berkaitan (Augmented Reality) AR diterbitkan menggunakan kaedah SLR , guna Database Dimensions AI. Database Dimension antara yang membantu mendapatkan data bagi paper dalam Bahasa Melayu, MyCite, ERA.

Terima kasih Dr. Wan Ali & Dr. Rasidah daripada IPG yang membantu dalam dapatan kajian, yang lebih nampak secara lebih dekat di Medan guru-guru mengajar.

Link paper: https://doi.org/10.70148/rise.v2i3.1

Boleh ikuti di telegram: https://www.tgoop.com/usttalhahajmain
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
Merdeka!

Tahun ni, kami sambut disini.

Moga "refresh" semangat Ahmad Uwais lagi untuk menjadi Huffaz Ulama', dan moga kami tidak pernah melupakan al-Quran.

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ (124) قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا (125) قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ (126)

“Dan sesiapa berpaling daripada peringatanku (al-Quran), maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan bangkitkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau bangkitkan aku dalam keadaan buta padahal aku dahulu dapat melihat? (Allah berfirman): Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami lalu engkau melupakannya, maka pada hari ini engkau pula dilupakan.”
[Surah Taha, ayat 124]

Boleh ikuti di telegram: https://www.tgoop.com/usttalhahajmain
Bismillah.

Moga Forum di Raja ini yang dihadiri Permaisuri Agong, yang dbuka penyertaan bersama Masyarakat dan belia hari ni, menjadi asbab hidayah.
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
Daulat Tuanku

Patik merafak sembah kepada KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dan YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor atas keberangkatan ke forum tersebut.

Forum ini memberi fokus khusus agar generasi hari ini bukan sahaja celik digital tetapi juga celik nilai. 

Teknologi perlu dilihat sebagai القلم yang membina manusia, bukan sekadar software tetapi perlu setiap pengguna lahir dari "heart-ware", agar penggunaannya bermanfaat, mampu memperkukuh jati diri dan membangunkan tamadun bermaruah.

Semoga forum ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada tetamu yang hadir.

Liputan Forum Intelektual Diraja 2025
Teknologi Berjiwa, Tamadun Bermaruah: Inspirasi Kearifan Islam dalam Era Inovasi Digital

Facebook (UTM Offcial) : https://www.facebook.com/univteknologimalaysia/posts/pfbid023JXq647Jrd3bmzLAfD9iaLZG9QNLKGUqBRQpgeeWfSrUzCivQfJVcGM7t6YUCmC5l

Facebook (CCC) : https://www.facebook.com/UTMCorporateComms/posts/pfbid0n8xGYXqMvvSjyhdjKBqjPuz8vpv7eCHvY8AtKMomwcaoPjEa96X1Kp5oz3eQC7P7l

Facebook (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1342613840556567&id=100044238919228&mibextid=wwXIfr&rdid=KZXgeFHTJoPuQenh#

Facebook (YAM Che' Puan Besar Khaleeda) : https://www.facebook.com/ymchepuankhaleeda/posts/pfbid0PvpYN4jdowwAY1EMTQFzx7Ju7yjKfSXjCWSMTYQUkB8Vx5xHJ7iYathJLyabGEzhl

Instagram (utmofficial) : https://www.instagram.com/p/DOF9sd3kfIE/?img_index=1

Instagram (officialsultanibrahim) : https://www.instagram.com/p/DOF54GekpUr/?img_index=1

Instagram (ymchepuankhaleeda) : https://www.instagram.com/p/DOFngTdgSoC/?img_index=1

Berita penuh : https://news.utm.my/2025/09/forum-intelektual-diraja-2025-angkat-kearifan-islam-dalam-era-inovasi-digital/

Media digital melaporkan: https://mediadigitaljohor.gov.my/teknologi-beretika-selari-prinsip-moral-melalui-bimbingan-institusi-agama-islam/

Video bingkisan Forum di Raja: https://www.facebook.com/reel/2145393679201407/
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
Hanya penyambung dan berusaha langkah.

Saya tidak mencari dikenali (jika boleh hendak belakang tabir sahaja), tetapi bidang ini perlu diisi.
Pendidikan Islam dan Sirah mesti diangkat & dimartabatkan.

Anugerah ini bukan kemuliaan,
tapi amanah untuk terus menabur bakti.

Saya cuma penyambung kecil,
dalam perjuangan besar pendidikan Islam.

Sesungguhnya ramai lagi yang lebih baik,
Alangkah bersyukur jika bidang pendidikan Islam dan Sirah ini boleh diusahakan lebih kolektif dan bersama². Saya mengalukan jika ada sesiapa boleh bantu bersama.

Boleh ikuti di telegram: https://www.tgoop.com/usttalhahajmain
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
Photo
Terima kasih dan Jzkk atas ucapan doa dari semua.

Moga makin meningkat "angka" usia,
Angka² tersebut makin "bermakna" disisi Tuhan.

{ إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِي يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ }

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
[Surah Āli-ʿImrān: 160]

Boleh ikuti di telegram: https://www.tgoop.com/usttalhahajmain
2025/10/18 23:07:23
Back to Top
HTML Embed Code: