tgoop.com/thedakwahstudent/5812
Last Update:
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Apakah hukumnya tidur dengan meniarap iaitu perut kita ke bawah?
JAWAPAN: Tidur meniarap hukumnya adalah makruh tanpa sebarang darurah atau uzur.
Ada pun jika kerana uzur seperti ada penyakit pada belakangnya maka harus ia tidur meniarap dan tidak makruh.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللهُ
Maksudnya: “Tidur meniarap seperti ini adalah tidak disukai Allah.” [Hadis Riwayat Abu Daud]
Berkata Syeikh Khatib tentang disunatkan membangunkan orang yang tidur meniarap:
الرجل إذا نام منبطحًا فإنها ضجعة يُبغضها الله
Maksudnya: “Seorang itu apabila dia tidur meniarap nescaya Allah tidak menyukainya.” [Mughni Al-Muhtaj]
Berkata Syeikh Abdul Karim Khasawneh:
وتُشير بعض البحوث الطبية إلى أن النوم على البطن له أضرار صحية على الكلى والجهاز التنفسي. هذا في حق من يتعمَّد هذه النومة لغير سبب، أما النائم فهو غير مؤاخذ؛ لأن التكليف مرفوع عن النائم حتى يستيقظ، كما أن المريض إذا احتاج إلى هذه النومة فلا حرج عليه في ذلك؛ إذا الضرورات تُبيح المحظورات.
Maksudnya: “Dan setengah orang-orang yang membahaskan tentang kesihatan menyatakan bahawa tidur meniarap di atas perut ini tidak bagus untuk kesihatan dan pernafasan.
Makruh ini ialah bagi orang yang sengaja tidur meniarap tanpa sebab. Ada pun yang telah tidur maka tidak diambil kira kerana hukum syarak tidak dikira dari orang yang sedang tidur sampailah ia jaga sebagaimana orang yang sedang sakit maka harus ia tidur meniarap tiada salah atasnya kerana apabila darurah maka diharuskan yang dilarang.” Sebaiknya kita tidur dengan mengikuti sunnah yaitu Nabi SAW tidur dengan lambung yang kanan.
Dari Bara’ bin ‘Azib r.a. Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ ، فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah seperti wuduk untuk solat kemudian berbaringlah atas lambung yang kanan.” [Hadis Riwayat Bukhari]
Wallahua’lam
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@thedakwahstudent
BY Channel dibubarkan
Share with your friend now:
tgoop.com/thedakwahstudent/5812