tgoop.com/syariahnotes/3938
Last Update:
#PSIf4 Hukum syara' 🕊
Satu hari bantai semua istilah ✨
⌛️ Dalil : Petunjuk kepada sesuatu hukum syara' yang amali melalui peneletian yang betul
⌛️ Al-Quran: Kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad dalam bahasa arab sebagai mukjizat dalam bentuk mushaf, membacanya dikira ibadah, disampaikan kpd setiap generasi secara mutawatir, dimulai surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah al-nas
⌛️ Al-Sunnah: Segala percakapan nabi (ص) selain al-quran, perbuatan dan perakuan baginda.
• sunnah qauliyah: 'segala percakapan nabi (ص) selain al-quran'
• sunnah fi'liyah: 'perbuatan baginda'
• sunnah taqririah: 'perakuan baginda ATAU diamnya nabi (ص) terhadap suatu perkara'
⌛️ Al-Ijma' : Persepakatan ulama' mujtahidin umat nabi Muhammad (ص) pada suatu masa terhadap suatu hukum syara' selepas kewafatan baginda.
• Ijma' sorih: Semua ulama' menyatakan pandangan masing² dan semua pandangan adalah sama
• Ijma' sukuti: Sebahagian ulama' menyatakan pandangan mereka dan sebahagian yang lain tidak membantah
⌛️ Qiyas: Menyamakan sesuatu perkara yang tidak mempunyai hukum dalam nas dengan sesuatu perkara yang terdapat nas disebabkan ada persamaan (illah) di antara kedua²nya.
• Al-aslu: Perkara yang telah dinyatakan dalam hukum syara'
• Hukum al-aslu: hukum Perkara yang telah dinyatakan dalam hukum syara'
• Al-far'u : perkara yang tidak mempunyai hukum yang dinyatakan dalam nas
• Al-illah: sifat persamaan yang wujud antara al-aslu dan al-far'u
BY Syariah Islamiah Spmnetic!™ 🕋
Share with your friend now:
tgoop.com/syariahnotes/3938