tgoop.com/studyyvibes/1890
Last Update:
nak kuasai KBAT sejarah ?
‧₊✦ ꒰ #notes ! ˊ˗
‧₊✦ ꒰ #sejarah ! ˊ˗
1. kenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui kehendak soalan . kehendak soalan boleh difahami melalui ' clue ' yang diberi . contohnya ,
🩹 ' bagaimana '
🩹 ' kenapa '
🩹 ' apakah kemungkinan yang berlaku '
🩹 ' apa pendapat '
contoh kehendak soalan KBAT yang paling popular :
🩹 bagaimana - menerangkan tentang cara
🩹 kenapakah - faktor / punca atau sebab
🩹 berikan hujah - perlu dibuktikan
2. senaraikan isi yang menepati kehendak soalan . guna kemahiran 5M
🩹 membaca
🩹 menggaris
🩹 merangka
🩹 menjawab dan menyemak
pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik .
3. menghuraikan isi yang dipilih . boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
🩹 memberi keterangan tambahan
🩹 memberi contoh kepada isi
🩹 memberi pengukuhan dengan huraian lanjutan
🩹 memberi kesan / punca tentang isi / isu dalam soalan
🩹 perlu beri 2F + bersama huraian dan contoh bagi mendapat markah yang baik .
untuk memudahkan pelajar menulis huraian , biasakan mggunakan 5W dalam latihan
4. beri kesimpulan .
🩹 kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian
🩹 tidak boleh diambil daripada isi jawapan [ mengulang isi ] .
🩹 menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan
🩹 calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran . contohnya :
" kita hendaklah ... " , " kita mestilah ... " .
©® : santaisejspm
⊹˚.⋆ @studyyvibes🕊 ˖࣪ °₊♡
BY ៹ 🕸 ˓࣪ ⸱ 𝘴𝘵𝘶𝘥𝘺 𝘷𝘪𝘣𝘦𝘴 🕸 𓄹 ࣪ ִ
Share with your friend now:
tgoop.com/studyyvibes/1890