tgoop.com/simple_resepi/1396
Last Update:
Sup ayam tanpa guna sup bunjut atau rempah sup.
Bahan-bahan:
Ayam setengah ekor- potong kecil
3 biji bawang merah- hiris
5 biji bawang putih - hiris
1 inci halia- hiris
3 sekawan- kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga
1 biji tomato - potong 8
1 kiub ayam ( optional- sy tambah)
Garam secukupnya
Daun sup
Limau nipis
Bawang goreng kalau ada
Cara- cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan 3 sekawan hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tumis seketika biar ayam garing sedikit.
4. Kemudian, masukkan air. Saya guna air panas cuckoo sebab nak cepat.
5. Perasakan dengan garam.
6. Resepi asal tak letak kiub ayam. Tapi selepas sesi merasa saya rasa kurang kick sikit jadi saya tambah 1 ketul kiub ayam.
7. Boleh tutup api selepas menggelegak dan ayam masak.
8. Hias dengan daun sup dan bawang goreng kalau ada.
9. Nak makan perah jus limau.
Kredit: FB Nurha Muhammad MAHN
BY Resepi Simple

Share with your friend now:
tgoop.com/simple_resepi/1396