PANTAUANBERITA Telegram 835
Melihat perkembangan sekarang (US-Israel-Iran), saya teringat kepada salah satu buku yang saya baca sewaktu belajar sarjana dulu berjudul “Useful Adversaries” tulisan Thomas Christensen.

Buku itu memberikan pandangan mengapa dahulu pertembungan antara US dan China (era Truman) adalah satu pertembungan yang ‘bermanfaat’ bagi kedua dua kuasa tersebut.

“In these cases the extension of short-term conflict was useful in gaining popular support for the overall grand strategy that each leader was promoting domestically.”

(Dalam kes-kes yang dikaji ini, konflik jangka pendek diperpanjangkan/diperbesarkan kerana ia berguna untuk mendapatkan sokongan popular terhadap strategi utama yang ingin dipromosikan oleh pemimpin negara di peringkat domestik).

Bahasa orang kampungnya, konflik yang terancang ialah drama sesama negara yang bergaduh, untuk dapatkan sokongan orang kepada perancangan lain yang asalnya tak ada atau dah hilang sokongan.

Dalam kes US-Israel-Iran sekarang, inilah juga saya fikir apa yang berlaku. US dan Isreel sudah hilang legitimasi dan sudah tiada langsung asas untuk mendapat sokongan terhadap apa yang mereka lakukan di Gaza. Iran pun dapat manfaat menjadi hero di mata rakyat, dan hero melawan musuh Gaza di mata dunia.

Namun dalam buku Christensen dia juga mengakui; kadang-kadang konflik terancang pun boleh terbabas di luar kawalan dan membesar jadi perang sebenar. Pemimpin mungkin pandai main wayang tapi arus bawah yang sudah terbakar tak mudah nak dikawal kalau sudah marak.

Yang pasti, apa yang menjadi bahan taruhan kuasa kuasa yang bertarung ini ialah bumi Gaza yang disimbahi darah manusia tidak berdosa.

Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim
CEO IRIS Institute

tgoop.com/pantauanberita/835
Create:
Last Update:

BY IRIS Institute (OFFICIAL)

Share with your friend now:
tgoop.com/pantauanberita/835

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

How to Create a Private or Public Channel on Telegram? With the “Bear Market Screaming Therapy Group,” we’ve now transcended language. “[The defendant] could not shift his criminal liability,” Hui said. Telegram users themselves will be able to flag and report potentially false content. Hui said the messages, which included urging the disruption of airport operations, were attempts to incite followers to make use of poisonous, corrosive or flammable substances to vandalize police vehicles, and also called on others to make weapons to harm police.
from us

Telegram IRIS Institute (OFFICIAL)
FROM American