tgoop.com/lucernas/2127
Create:
Last Update:
Last Update:
KITA SUDAH BERUBAH
Aku lihat pada langit
wajah bulan sudah berubah
suram dan pudar sahaja
Seperti telah hilang cahaya
sama dengan wajah kita
tidak lagi berkaca.
Kita srperti orang lain
seolah-olah tidak pernah berjumpa
hulur tangan entah untuk siapa
tidak bersambut seperti selalunya
dan sapaan tidak dibalas mesra.
Kita sudah berubah
kasih sudahpun berpindah
hari menjadi tidak lagi indah
kita seolah-olah sudah tidak betah
bersedia ke arah berpisah.
Awan☁️
@Lucernas
BY Lucerna
Share with your friend now:
tgoop.com/lucernas/2127