Telegram Web
Ibu ditanya dengan satu soalan.

"Ibu, bagaimana nak atasi rasa kesakitan terhadap sesuatu perkara? Saya berusaha sekuat mungkin agar kesakitan saya tu tak beri kesan tak baik pada orang lain dan dalam masa yang sama tak nak kesakitan tu makan diri saya sendiri.

Selalunya saya hanya akan telan sendiri dan ini membuatkan saya rasa sangat sakit."

Allahu Akbar.
Soalan ni adalah antara soalan yang sering ditanya.

Kat sini Ibu kongsikan 3 langkah ni :

1. ISTIGHFAR

Bila diuji begitu antara perasaan yang akan hadir adalah sedih, kecewa, marah dan yang seumpama dengannya. Dengan emosi yang begitu seseorang akan mudah menjadi pasif, banyak menyendiri, banyak menangis. Keadaan ini adalah keadaan terbaik untuk syaitan mula cucuk jarum.

Jadi, untuk menjaga emosi dan jiwa, beristighfar lah. Mohon perlindungan daripada Allah datipada gangguan makhluk yang tidak dijemput ni.

2. ZIKIR

Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Berzikir juga salah satu cara agar kita sentiasa connected dengan Allah.
Banyak kelebihan zikir ni.

Antara sebab kita perlu banyak berzikir adalah supaya state kita dapat diperbaiki.
Biiznillah.

3. MESEJ KASIH ALLAH

Setelah ISTIGHFAR dan BERZIKIR, InsyaAllah keadaan kita menjadi lebih tenang dan minda lebih rasional. Mudah kata, 'state' kita jadi lebih baik.

Masa ni kita boleh perlahan-lahan melihat ke dalam diri, melihat apa yang telah terjadi itu dengan menggunakan 'helicopter view'.

Melihat pada sudut pandang yang lebih luas dan besar, InsyaAllah akan membantu kita nampak apakah Mesej Kasih yang Allah anugerahkan bersama-sama ujian ini.

Masya-Allah akhirnya dengan memahaminya kesakitan tadi akan bertukar menjadi kesyukuran kepada kita.

Semoga Allah kurniakan kita hati yang sentiasa sabar, redha dan bersyukur atas apa jua yang Allah takdirkan.

Aminn Ya Rabb

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)

Jemput ikuti perkongsian Ibu di sini www.tgoop.com/iburoselove
Mari semua.
Awal pagi ni kita pasang niat siap-siap.
Kita doa siap-siap.

Moga sepanjang hari ini perkataan yang keluar dari lidah kita hanyalah perkataan yang baik-baik.

Moga sepanjang hari ini perkataan yang keluar dari lidah kita hanyalah perkataan yang mendatangkan kebahagiaan buat orang lain.

Moga sepanjang hari ini perkataan yang keluar dari lidah kita hanyalah perkataan yang akan membahagiakan kita di hari akhirat nanti.

Proses dahulu setiap kali mahu mengeluarkan perkataan.
Fikirkan dahulu apabila mahu berkata-kata.

Sesungguhnya perkataan itu boleh jadi perkataan yang menghidupkan atau mematikan jiwa-jiwa.

La hawala quwwata illa billah.
Tolong kami Ya Allah, permudahkan lah niat kami ini.

Aminn Ya Rabb

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)

Jemput kongsikan perkongsian ini. Semoga bermanfaat.
www.tgoop.com/iburoselove
Allah Maha Tahu segalanya.
Teruslah bersangka baik dengan segala takdir yang sedang dilalui.

Good or bad everything is good.

Terima adalah langkah pertama untuk hidup lebih tenang dan bahagia.

Apa jua takdir yang datang, berlapang dadalah, bersyukur.

Kerana semua itulah kita menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum itu.

Hasbunallah wanikmal wakil.

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
Mungkin ada yang dalam perjalanan ke tempat kerja.
Mungkin ada yang mahu menyelesaikan tugasan di rumah.
Mungkin ada yang bakal bermusafir menjemput anak dari asrama atau bercuti ke kampung halaman.

Mungkin ada yang bakal menghadiri mesyuarat penting.
Mungkin ada yang bakal memasuki dewan pembedahan.

Apa jua yang bakal dilakukan atau dilalui, Ibu mendoakan agar semuanya mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Dengan keberkatan ini akan memancarkan ketenangan, kebahagiaan dan kelancaran.

Bersamalah kita menjaga segala tuntutan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Moga dengan ini, kita sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah.
Aminn Ya Rabb.

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)

https://www.facebook.com/share/p/Qoe2fpP3Y9GGs5wt/?mibextid=CDWPTG
Ibu..perananmu sangat penting.

Satu peranan yang sangat besar untuk ummah...untuk negara!

Bila ibu sebagai madrasah, ibu itu perlu berilmu.
Belajarlah, semudah bermula dengan membaca.

Berilmu bukan bermakna mempunyai sijil, diploma, degree, master atau yang seumpama dengannya.

Ibu yang berilmu adalah ibu yang dapat memimpin dirinya dan anak-anaknya ke jalan yang diredhai Allah.

Jasa paling besar seorang ibu adalah bila mengajarkan anaknya mengenal Allah, mengenal Al Quran, mengenalkan mereka kepada Rasulullah dan ahli keluarga baginda.

Subhanallah.
Sampai masanya ibu itu akan kembali kepada pencipta.
Namun, asuhan yang ditinggalkan menjadi ladang pahalanya di alam barzakh.
Satu alam persinggahan yang tak tahu sampai bila ibu itu akan mendiaminya.

Lahawlawala quwwata illa billah

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
🌟SERTAI KAMI DALAM PERBINCANGAN MENARIK BERSAMA IBU ROSE, FAMILY & LOVE GURU! 🌟
.
📣 Anda dijemput untuk menghadiri sesi Dialog Pendidikan episod 4: 'Bagaimana Sekolah Berperanan Membentuk Akhlak Ummah' dalam perbincangan yang menginspirasi tentang peranan penting sekolah dalam membentuk akhlak generasi masa depan.
.
📅 Tarikh: 29/2/2024 (Khamis)
Masa: 9.00pm-10.00pm
🖥️ Platform: Zoom (Link akan diberikan selepas pendaftaran)
.
Dalam sesi ini, kita akan menerokai strategi dan pendekatan terbaik yang boleh digunakan oleh sekolah untuk memperkasa dan melatih akhlak pelajar, mencipta impak positif dalam masyarakat.
.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapat pandangan berharga dan menyumbang kepada perbincangan yang penting. Daftarlah sekarang!
.
Klik pautan dibawah untuk menyertai kami👇🏻
.https://bit.ly/DPS_IbuRose
.
☎️Maklumat lanjut, hubungi:
012-6105548 (Nizam)
013-6680904 (Sha)

#ParentingTalk #PendidikanAkhlak #SekolahBerkualiti #ZoomDiscussion
"Degil ke anak saya yang berumur 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil.

Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?"
_______

Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric.

Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.

OTAK ADA 3 LAPIS.❤️❤️❤️

1️⃣BAHAGIAN OTAK PALING BAWAH

Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

2️⃣BAHAGIAN OTAK TENGAH.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

3️⃣BAHAGIAN OTAK PALING ATAS

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi.

Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

JANGAN LABEL!

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.

Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

CARA ATASI

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang.

Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif.

Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

JANGAN SHORT-CUT. BAHAYA!

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat.

Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan.

Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.
Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup.

Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

💭PESANAN NABI SAW.

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu, bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

🧠MARI SAMA-SAMA MUHASABAH

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. pegang dengan kemas. Azimatnya ialah SENANTIASA, SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.

Salam kasih - Ibu Rose.
2024/05/08 01:20:46
Back to Top
HTML Embed Code:


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function pop() in /var/www/tgoop/chat.php:243 Stack trace: #0 /var/www/tgoop/route.php(43): include_once() #1 {main} thrown in /var/www/tgoop/chat.php on line 243