Telegram Web
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tgoop.com/iburoselove
SERING HILANG SABAR TAPI SAYANG SANGAT ANAK-ANAK

Hilang sabar pada anak sebenarnya bukan bermaksud tidak sayangkan anak. Kesabaran ini banyak dipengaruhi oleh sikap, skil dan ilmu.

Malah kita selalu mendengar berita bagaimana seorang ibu atau bapa yang kasihkan anaknya sepenuh hati sanggup memukul anaknya seperti orang hilang akal sedangkan kesalahan anak itu sangat kecil. Alasannya kerana dia tidak mampu mengawal diri.

Ibu percaya ramai diantara kita yang sayangkan anak-anak kita pernah melalui saat-saat seperti ini. Kita boleh hilang sabar.

Kemudian, bila kita kembali tersedar yang kita telah termarah berlebihan, terutama ketika mereka tidur, kita akan terasa amat kesal. Kesal kerana tidak mampu mengawal amarah dan gagal untuk sabar.

Kenapa rasa kesal ni hadir?

Kerana dia tidak dapat mengawal dirinya sebagai ibu atau bapa. Setuju?

Itulah yang menyebabkan kita keliru dan berasa geram dengan diri kita sendiri kerana tidak sabar dan sering terbabas. Sedangkan kita sayangkan anak-anak kita.

Oleh itu apa yang perlu kita pelajari dan pertingkatkan adalah KEMAHIRAN kita bersabar. Dan ini boleh dididik dan ditingkatkan.

Harapan itu ada. Insya-Allah.

Maka dimana pula peranan kasih-sayang. Tak kan kasih sayang tiada kaitan dengan kesabaran?

Tentu ada. Kasih-sayang yang kuat kepada anak-anak kita itulah yang mendorong kita memperbaiki diri dan berusaha menjadi seorang yang boleh mengawal diri.

Malah kita akan berusaha mengawal 'state' kita untuk mempertingkatkan kesabaran kita.

Kebolehan kita mengawal diri atau lebih tepat mengawal 'state' (Ibu terjemahkan kepada 'keadaan diri - state' ) memerlukan kita MEMPELAJARI, BERLATIH serta menghayati sikap, skil dan ilmu untuk bersabar.

Insya-Allah dengan 3 perkara ini, kita boleh berubah menjadi ibu bapa yang lebih penyabar. Kasih yang mendalam akan menimbulkan keazaman yang tinggi untuk mempelajari, melatih diri dan menghidupkan sabar itu ke dalam diri kita.

Berusahalah sekuat hati. Dan dalam masa yang sama jangan lupa berdoa kepada Allah agar dikurniakan sekeping hati yang lebih mampu untuk bersabar untuk mencari REDHA ALLAH.

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tgoop.com/iburoselove
Acknowledge itu adalah suatu kesilapan.
Kita merasa kesal atas ketelanjuran.

Alhamdulillah syukur kita menyedari ia satu kesilapan.
Ini bermakna, ada perkara yang perlu kita perbaiki.

Sayang, kasih sayang Allah itu Maha Luas.
Kalau Dia sanggup mengampunkan dosa-dosa kita, siapalah kita yang mahu menghukum diri sendiri.

Dalam Islam wujudnya istilah TAUBAT.
Mengakui fitrah manusia yang mudah tersilap, maka Allah menyedihkan TAUBAT sebagai pintu pembersihan diri.

Tersilap?
Bersihkan diri.
Perbaikilah kesilapan lalu, bukan dengan kudrat kita, tapi dengan bantuan Allah Taala.

Tiada sesuatu pun yang ditakdirkan dalam kehidupan ini sia-sia. Pasti ada hikmah kebaikan daripada-Nya.

Semoga perkongsian Ibu pagi ini dapat memberi manfaat buat yang memerlukannya.

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tgoop.com/iburoselove
Anak bukan punca masalah.

Mereka adalah guru kita untuk kita bijak menyelesaikan masalah dan mengelakkan masalah.

Parenting kita jangan asyik berkisar dengan menyelesaikan masalah.

Parenting kita perlu mensasarkan kepada menjadi pro-aktif. Iaitu menjauhi masalah daripada berlaku.

Bila mendidik anak-anak dengan bersangka baik terhadap anak-anak, memahami perkembangan diri mereka, mengetahui apa yang sesuai dan apa yang tidak, kita sudah boleh mengelakkan banyak masalah yang boleh timbul kerana tidak berilmu.

Hendak mencari ilmu ini tidak susah sebenarnya. Hanya perlu berusaha sedikit sahaja.

Ambil masa 5 minit sebelum tidur setelah anak-anak semua tidur, baca 1-2 muka surat mengenai ilmu parenting. 2 muka surat kali 350 hari sudah 700 m.s.

Itu maksudnya 3 buku setahun. Itu hanya 5 minit sehari. Jika 10 minit, maka maksudnya 6 buah buku.

Ianya diantara hendak atau tak hendak sahaja.

Yang bersungguh dari segi kata, akan berusaha dan tidak memberi alasan.

Yang tidak, hanya akan mendahulu alasan berjela.

Ibu berharap anda adalah golongan yang pertama.

Salam kasih,
Ibu Rose
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tgoop.com/iburoselove
Apa yang dimaksudkan mendidik anak-anak dengan kasih-sayang?

Sayang, maksud mendidik anak-anak dengan kasih-sayang ini bukanlah membiarkan anak-anak melakukan sesuka hati mereka tanpa kawalan.
Tidak sama sekali!

Manusia dilahirkan memerlukan bimbingan untuk menjadi manusia. Kita tidak boleh membiarkan kanak-kanak yang masih kecil untuk membuat penilaian sendiri.

Ianya sangat tidak adil kerana kematangan pemikiran manusia itu meningkat dari masa ke masa. Anak kecil yang masih 2 tahun kebawah masih belum boleh berfikir seperti orang dewasa yang sudah berusia 20 tahun dan tidak juga seperti anak yang sudah 5 tahun.

Oleh itu amat penting untuk memberi input kepada anak-anak sejak dari kecil supaya anak itu mempunyai informasi yang diperlukan untuk membantu dia berfikir bila sudah sampai masanya dia boleh berfikir.

Apa maksud Ibu?

Begini, sejak anak itu masih di dalam kandungan, kita sudah seharusnya mula memberi input mengenai pentingnya berakhlak mulia. Yakni apakah itu yang dikatakan akhlak mulia dan sebagainya.

Bila dia sudah lahir, kita teruskan memasukkan ke dalam mindanya apakah itu perbuatan yang baik dan kenapa. Siapa contohnya orang yang berakhlak paling baik dan mulia.

Inilah masa terbaik kita memperkenalkan akhlak Rasulullah saw serta para sahabat baginda, sebelum dia diperkenalkan dengan oelbagai watak khayalan atau adiwira rekaan manusia.

Kita juga boleh menyanyikan dan mendodoikan dia dengan lagu-lagu yang bersenikata yang membina akhlaknya.

Bila dia sudah boleh tengok buku, kita bacakan kepadanya cerita-cerita yang memberi contoh perbuatan yang baik untuk diikut dan apakah yang tidak baik untuk diikut.

Maka setelah dia mula menunjukkan kemahuan sendiri (2 Tahun) kita kuatkan lagi input itu dan ingatkan dia akan nasyid, buku dan semua cerita yang kita bacakan dulu untuk reinforce.

Namun pada usia ini dia belum boleh memikirkan kesan natijah. Jadi walaupun sayang mengingatkan dia, dia tetap dengan kemahuannya.

It is ok...ianya suatu proses.
Ulang dan ulang lagi.

Masuk 3 tahun atau 4 tahun, masa itu tekankan contoh-contoh yang telah diberi dan puji perbuatan yang baik dan mula memberi amaran jika melakukan perbuatan yang salah. Contohnya, memukul orang dan bercakap kasar.

Pada masa ini anak perlu diberi faham setiap perbuatannya ada kesan dan natijah dan dia perlu mula menggunakan kepintarannya untuk memikirkan kesan yang dia mahu.

Namun ingat pada usia 4 tahun itu, dia masih macam orang bawak kereta lesen L. Oleh itu bila buat Time Out tu berpada-padalah.

Jika sayang sudah memberi anak-anak garis panduan untuk berkelakuan, sebab dan musabab serta cara dan contohnya sayang sendiri dan orang-orang sekeliling adalah teladannya, maka anak pada usia 5 tahun, tidak akan membaling barang jika marah, sepak bila tak dapat apa yang dikehendaki atau menggunakan kata-kata kesat.

Jika dia melakukan juga, anda perlu tegas dan memberi dia hukuman supaya dia tahu perangai itu tidak baik dan dia belajar berperangai dengan akhlak terpuji.

Inilah yang Ibu maksudkan mendidik anak dengan kasih-sayang. Ibu doakan semoga sayang dapat belajar sesuatu hari ini. ❤️❤️

Salam kasih,
Ibu Rose
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tgoop.com/iburoselove
MENGAPA PERLU STRES JIKA ANAK KITA TIDAK SEPANDAI ANAK KAWAN?

Jika sayang stres jika anak sayang tidak sepandai anak kawan-kawan anda, tanyalah kepada diri, kenapa sayang perlu stres.

Anak bukan trofi kita. Dia adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya dengan bijak dan penuh hormat.

Sikap berjaya yang perlu kita pegang didalam mendidik anak-anak adalah; Setiap anak ada kelebihan dan kelebihan in sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.

Didalam menjadi seorang yang hebat di dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai.

Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Nakata dan ramai lagi.

Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi.

Jika kehebatannya di dalam ilmiah, Sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi....

Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya.

Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.

Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda. Just know bahawa anak anda yang mungkin sekarang lambat sikit di dalam bidang yang dibandingkan itu, ada kelebihannya.

Insya-Allah berkat keyakinan, kepercayaan dan petunjuk penuh hormat dan kasih-sayang anda kepada anak ini, HE WILL MAKE YOU PROUD and you will feel so honored mengandung dan membesarkannya.

Stop being stress and start being grateful.

Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya.

Ini termasuklah anak-anak yang dilahir 'istimewa'. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.

Salam kasih,
Ibu Rose

LIKE & SHARE semoga ramai yang mendapat manfaat.
2024/05/29 22:02:46
Back to Top
HTML Embed Code:


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function pop() in /var/www/tgoop/chat.php:243 Stack trace: #0 /var/www/tgoop/route.php(43): include_once() #1 {main} thrown in /var/www/tgoop/chat.php on line 243