tgoop.com/drzulalbakri/6568
Last Update:
Dengan penuh rasa dukacita serta reda atas ketentuan-Nya, saya ingin memaklumkan bahawa YouTube Channel rasmi Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang telah menghimpunkan lebih 100,000 pelanggan serta ribuan rakaman kuliah dan siri pengajian telah dipadam oleh pihak YouTube.
Pihak pejabat saya telah segera mengemukakan rayuan rasmi dan kini sedang menantikan maklum balas lanjut daripada pihak berkenaan. Berdasarkan penelitian awal pasukan media saya, besar kemungkinan sistem pengesanan automatik YouTube telah tersalah tafsir dengan mengaitkan saluran rasmi saya kepada iklan video tipuan (AI-generated scam ads) yang menggunakan wajah saya tanpa kebenaran, khususnya untuk mempromosikan produk ubatan yang meragukan.
Saya percaya isu ini berpunca daripada kelemahan algoritma pengesanan kandungan (content moderation system) yang tidak dapat membezakan iklan video tipuan yang semakin kerap mengeksploitasi wajah tokoh awam melalui teknologi kecerdasan buatan (deepfake).
Apa jua ujian, perlu dilihat dari sisi positif. Sebagai alternatif, Youtube Channel Al Inarah telah dibina. Jemput langgan di https://www.youtube.com/@appalinarah
BY Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Share with your friend now:
tgoop.com/drzulalbakri/6568
