tgoop.com/TelegramTipsMS/125
Last Update:
Folder Bual. Senarai bual anda boleh mempunyai tab berasingan dengan bual tertentu untuk Kerja, Sekolah dan lagi melalui Tetapan > Folder Bual.
Untuk mencubanya, tambah satu dari folder tersedia seperti Belum Dibaca atau Peribadi. Anda boleh sunting mereka dari mana-mana peranti untuk merangkumi atau mengecualikan bual yang lain – seperti Belum Dibaca dengan bual disenyap, dikecualikan.
Anda juga boleh cipta folder khusus dengan penapis anda tersendiri seperti Grup atau Saluran – atau pilih bual individu untuk cipta folder Kerja atau folder Berita.
Folder menyokong sematan tanpa had untuk menyimpan bual anda dalam mana-mana susunan dan boleh dikongsi melalui link – membolehkan rakan sekerja dan kenalan menambah folder dan sertai semua bual di dalamnya dengan hanya satu tekanan.
Maklumat lanjut – sila wawarkan:
Berita Telegram • Panduan Telegram • Telegram Premium • Hal Ehwal Telegram
BY Panduan Telegram
Share with your friend now:
tgoop.com/TelegramTipsMS/125