Telegram Web
30 PERKARA PADA UMUR 30an
1. Baiki kualiti solat wajib. Kalau tak cukup kasi cukup, kalau lambat kasi awal. Bacaan kasi cantik sikit, surah kasi variasi sikit, tak ada gopoh-gopoh. Kasi cun kasi cantik.
2. Renew bacaan quran. Takkanlah umur dah 30 tahun, tapi last khatam baca quran darjah 4 kan? Start small. Sehari semuka. Jadilah daripada tak de langsung. Ikut pacing masing-masing.
3. Start baca buku. Cari la buku yang simple, ringan, berfaedah. Buku self help. Buku dari The Patriot pun banyak yang best-best. Janganla terus tuju buku Hikayat Hang Tuah ke, kitab Al Jarh Wa Ta'dil. Takut terus patah semangat nak membaca.
4. Start bersenam. Tak kesah la main apa pun. Gym ke, pingpong ke, jogging ke, cycling ke. Tak kesah. Sukati. Yang penting istiqomah buat tu. Ikut kesesuaian masa. Seminggu sekali boleh, hari-hari boleh.
5. Buat annual check up. Check gula, uric acid, renal profile. Dah 30 tahun makan macam-macam. Kena check jugak badan macam mana. Nak senang ingat, check masa birthday.
6. Kurangkan air bergula/bersusu pekat. Teh tarik, kopi susu. Apatah lagi frappucino, matcha latte apa bagai.
7. Belajar masak simple-simple. Especially lelaki. Ayam kicap, ikan kicap, telur kicap. Simple-simple je. Bukan sampai nak jadi macam Khairul Aming. Cukuplah nak meneruskan idup.
8. Daftar Haji. Kalau lambat daftar, umur dah 97 baru dapat. Kita semua bukan level Tun M. Baru 30 pun dah ramai yang gout, sakit lutut.
9. Simpanan. Kalau dapat banyak, bagus. Kalau tak dapat banyak, sikit pun jadi. Kalau tayar kereta pecah 4 bijik sekali, sekurang-kurangnya tak payah pinjam orang. Alhamdulillah.
10. Try pegi masjid waktu solat wajib. Nak senang, lepas main petang tu pegi lajak terus ke masjid. Baju peluh bukan najis. Dont worry.
11. Subscribe takaful. Memang tak nafi, sesetengah marketing insurans/takaful agent ni annoying. Tapi takaful ni penting. Aku tak sama sekali jual takaful, bukan jugak ejen insurans. Jadi pilihlah ejen dan syarikat insuran/takaful mana yang korang suka dan selesa. Untuk masa depan jugak
12. Belajar tukar tayar kereta sendiri especially pempuan. Tayar pecah pun nak panggil towing. Ha jenuh. Sekali hello je dah 500 ringgit kena bayar. Tukar tayar sendiri. Free je. Laki pun ade jugak yang tak reti tukar tayar.. jenuh.
13. Beli baju kemeja plain/kosong untuk lelaki. Kalau ada majlis rasmi ke, orang mati ke, orang kawen ke. Boleh pakai. Dah umur 30 ni, takkan nak pakai baju roundneck dengan logo "Hardrock Cafe" pegi orang kawen. Dress your age, appropriately.
14. Update emel. Mesti ada emel zaman remaja dulu yang id dia tak matang "arepizrempitz69" ke, "pijahprincesspinky16" ke. Kalau ade lagi, buang jejauh. Bikin yang baru. Yang lebih matang dan professional.
15. Jangan beli barang branded pinjam duit orang/pakai kad kredit. Jangan! Jangan! Jangan! Sehebat mana pun cinta atau minat pada fon mahal, beg mahal, kasut mahal. Tapi kalau masa nak bayar tu kena pinjam duit orang, maksudnya ko tak mampu. Jangan beli.
16. Buat bucketlist. Tulis. Tampal. Apa target dalam masa 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun. Ada orang nak kawen, ade orang nak bawak mak bapak pegi jalan. Sukati. List masing-masing. Bila dah tulis, tampal tu. Tatap hari-hari. Usaha sampai jadi.
17. Cari circle yang baik. Kalau kita lupa Tuhan, dia tolong ingatkan. Kalau kita ingat Tuhan, dia akan ikut sama ingat. At the end of the day, destinasi yang pasti kita sama je. Kena balik kepada Tuhan.
18. Sambung balik silaturahim sedara mara. Kita orang melayu sepupu, dua pupu, tiga pupu banyak. Kenal-kenal. Ziarah. Keluarga semua tu. Kalau orang Perak, kita panggil Soreh. Kene tau soreh orang tu macam mana sabitnya dengan kita.
19. Elakkan bergaduh dengan kawan-kawan, sedara mara, adik beradik sebab benda bodoh. Sebab bola, sebab politik. Jangan. Tak berbaloi. Tambah dosa je.
20. Elokkan pakaian. Mana yang singkat, labuhkan. Mana yang ketat sangat, longgarkan sikit. Mana yang boleh tutup, tutupkan. Mana yang dah cun elok, kekalkan. Setel.
21. Untuk yang dah ada anak, buat potongan gaji untuk SSPN dan Tabung Haji untung anak walaupun 5 ringgit sebulan. Nanti anak nak sambung belajar ade duit sikit.
22. Himpun semua surat beranak, slip UPSR, PMR, SPM, result universiti, sijil dekan, surat amaran ponteng kelas, surat gantung kolej, polisi insuran, harta dalam negeri, harta luar negeri, surat nikah, surat cerai. Simpan dalam fail elok-elok. Letak dalam bekas kalau boleh yang waterproof. Kalau jadi apa-apa senang nak cari satu tempat.
23. Tulis semua password media sosial dalam satu buku kecik. Simpan. Pesan kat sorang yang kita percaya; keluarga ke kawan ke anak ke, kalau esok-esok kita mati, suruh dia amek buku tu kat sekian-sekian tempat. Mintak tolong dia tutup akaun kita. Takut ada posting kita yang tak senonoh atau mengguris hati, biar habis sampai hari mati kita je.
24. Sekali sekala tu daripada asik dengar lagu kat radio cuba dengar pulak ceramah agama dalam kereta sambil drive pegi kerja. Pilih asatizah yang baik, senonoh, tak mencarut, tak maki orang. Kalau tak sempat nak tangkap ilmu, kurang-kurang dapat pahala.
25. Cuba belajar skill baru. Masak ke, muay thai ke, main gitar ke, berkebun ke, belajar bahasa cina ke, tamil ke, arab ke, jepun ke. Cuba. Bukan suruh jadi expert, tapi kalau expert; Alhamdulillah. Just cuba belajar. Sebab ada kajian tunjuk, orang yang sentiasa cuba belajar benda baru ni dapat kuatkan otak, elakkan Alzheimer / nyanyuk.
26. Jangan membazir. Generasi kita paling banyak bankrap. Sebab kawen nak grand, keta nak import, pakaian nak branded. Kalau ada pilihan yang lebih murah, pilih yang murah. Jangan puaskan mata orang lain yang memandang, jangan ikut hati semata-mata. Ukur baju di badan sendiri.
27. Tangkap gambar, ambil video dengan keluarga dan orang terdekat. Simpan. Tak perlu tunjuk semua kat orang. Bila rindu, bila dah tak de, boleh tengok balik.
28. Kurangkan cakap benda tak berfaedah. Ngumpat. Pasal artis. Tapis ayat bagi cantik sikit. Kurangkan cakap perkataan yang tak senonoh. Macam mana nak tau perkataan tu tak senonoh, kalau anak kita cakap kita marah, dan kalau orang tuju perkataan tu kat mak kita, kita mengamuk. Kalau tak de benda yang baik nak cakap, diam lebih baik.
29. Jangan banding hidup kita dengan orang lain. Dah kawen, Alhamdulillah. Belum kawen, Alhamdulillah. Ada anak ramai Alhamdulillah. Tak ada anak pun Alhamdulillah. Pakai keta import, Alhamdulillah. Pakai kereta Malaysia secondhand, Alhamdulillah. Enjoy hidup ni. Tak perlu banding-banding. Buat sakit kepala.
30. Hidup jadi manusia berguna. Kalau tak boleh senangkan orang, jangan sampai susahkan orang.
Nasihat di atas aku kutip dari pesanan orang yang aku jumpa yang aku rasa berguna. Aku tulis balik guna bahasa aku.
Musim durian sekarang kat Tanjong Malim. Sedap. Lagi sedap bila member yang belanja makan durian. Lagi sedap. 🤣
2024/06/08 02:16:26
Back to Top
HTML Embed Code:


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function pop() in /var/www/tgoop/chat.php:243 Stack trace: #0 /var/www/tgoop/route.php(43): include_once() #1 {main} thrown in /var/www/tgoop/chat.php on line 243