Telegram Web
T.me/notatazkirah

Bila di atas jangan bongkak.Kita pun bermula dari bawah jadi jangan memandang hina orang di bawah.
Selamat pagi..
Bertemu orang yang baik juga rezeki, oleh itu jagalah perhubungan itu dengan penuh kasih sayang.
T.me/notatazkirah

Seburuk mana diri kita,
sejahat mana pun kita,
Jangan tinggalkan solat.

Solatlah, sebab dengan solat allah merubah manusia jadi lebih mulia dan berjaya.
.
.
#UstazHanafiMalek
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Sebelum kita berdoa memohon rezeki syukuri dulu apa yang sudah kita punya. Syukuri panca indera, mata, hidung, mulut, kaki, tangan, yang lengkap.

Syukuri pekerjaan tetap yang selama ini menjadi jalan kita mencari nafkah. Syukuri umur yang diberi Allah, kesihatan, keluarga yang harmonis dan bahagia. Allah akan memberi nikmat jika kita banyak bersyukur.

Alhamdulillah.
T.me/notatazkirah

Orang tegur sebab sayang.
Makanya kita jangan sombong, rasa diri betul.Tidak salah akui kelemahan diri, kenapa mesti ego?

Takut orang memandang rendah kerana kelemahan kita itu?

Ingatlah, semua orang buat salah.Samaada kecil atau besar, jika ada yang tegur, nasihat terimalah dengan hati terbuka.
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Bila hati sedang sakit memang sukar untuk memaafkan.Sesakit mana pun belajarlah untuk memaafkan.InsyaAllah hati akan kembali tenang.
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Apabila ingin bergurau, perlu kita berfikir dengan mendalam, agar tidak melukai perasaan insan yang satu lag

#QuranHour
T.me/notatazkirah

Betapa indahnya jika kita mendapat hasil apa yang kita inginkan dengan izin Allah SWT.

Tanpa jemu..
Tanpa mengenal erti putus asa..
Tanpa putus berdoa..

Allah Maha Mengetahui.Niat baik pasti dikabulkan.
T.me/notatazkirah

Kalau masa muda kita ada berhutang dan kita tak bayar. Maka bayarlah sementara masih ada kesempatan. Kalau orang yang kita hutang itu dah mati dan tak jumpa. Amaun yang kita hutang itu sedekahlah. Pahala niatkan atas orang tersebut.

- Muharrik Daie -
Selamat pagi..semoga dipermudahkan urusan dan mulakan dengan kalimah bismillah..
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Berbanggalah dengan apa yang kita miliki, sedangkan semuanya hanya sementara sahaja.Maka janganlah kita sombong dengan kekayaan dan pangkat.Semua itu akan ditinggalkan, yang kita bawa hanyalah amalan yang soleh.
T.me/notatazkirah

Semua manusia itu baik, cuma ada yang ikhlas atau berpura-pura.Kalau baik ianya menyenangkan, kalau tidak akan membosankan.

Namun orang positif dia akan merasai kebaikan orang terhadapnya dan saling melengkapi.Isilah hati kita dengan niat yang ikhlas, menerima dan memberi.
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Menangis kerana Allah itu tandanya hati masih bernafas. Kita harus bersyukur kerana ada peluang untuk minta pengampunan.
T.me/notatazkirah

Nak hilangkan stress, murah rezeki kita kenalah dekat dengan yang memberi rezeki, Yang Pemberi Rezeki, Allah SWT.

Jiia kita jauh dan sambil lewa jangan pertikaikan kenapa rezeki kita tertangguh.Selalunya ramai yang buat-buat tak tahu, malah menyalahkan diri yang malang.

Jangan banyak memberi alasan, malas kerana semuanya bermula dari kita sendiri.Jika sendiri tidak mahu melakukan perubahan sampai bila-bila pun kita di situ.
T.me/notatazkirah

Manusia mana yang tidak diuji, senang pun ujian.Apa lagi kesusahan, maka jangan sesekali merungut.

Kita hamba, kita selayaknya diuji, tengok tinggi mana tahap iman dan sabar kita, dan redha kita atas ujian tersebut.

Sebab itu niat yang baik-baik.
Bersangka baik.
Doa moga dipermudahkan dalam apa juga kita lakukan.
Rezeki bukan datang bergolek, kena usaha dan kerja keras.

Hendak berjaya di dunia dan akhirat, dekatkan diri denganNya.Dia akan permudahkan.Bila jauh denganNya tapi minta macam-macam.

Adilkah?
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Aturan Allah itu maha indah, maha hebat.Tidak pernah salah, tahu apa terbaik untuk kita.Jangan suka merungut dan mengeluh, itu tanda kita tidak redha atas ujian dariNya.
T.me/notatazkirah

Manusia sering lupa.
Apa lagi jika diulit kemewahan dunia, kepalsuan yang mengaburkan mata hingga lupa akan akhirat.

Masa kita entah bila, sedia atau tidak ianya pasti akan tiba.Ingatlah muda dan sihat itu bukan tiket untuk hidup lama.

Takutlah jika bekalan kita kosong untuk di bawa ke sana nanti.
T.me/notatazkirah

Semua orang kejar bahagia. Nak kawin sebab nak bahgia. Nak rumah landed sebab nak bahgia dan buat famili bahgia. Nak harta sebab nak bahgia. Adakah bahgia itu? Tak ada. Percayalah, semua itu bukan bahagia sebab bahagia hanya ada pada Allah

- Muharrik Daie -
T.me/notatazkirah

ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ู…ูู†ู’ ุจูŽูŠู’ู†ู ุฃูŽูŠู’ุฏููŠู‡ูู…ู’ ุณูŽุฏู‘ู‹ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฎูŽู„ู’ููู‡ูู…ู’ ุณูŽุฏู‘ู‹ุง ููŽุฃูŽุบู’ุดูŽูŠู’ู†ูŽุงู‡ูู…ู’ ููŽู‡ูู…ู’ ู„ูŽุง ูŠูุจู’ุตูุฑููˆู†ูŽ

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

- Surah Yassin ayat 9 -

๐Ÿ“Œ Amalkan setiap kali mahu keluar rumah agar terhindar dari segala musibah dan mengelakkan dari rumah dicerobohi oleh orang asing.
InsyaAllah dengan izin Allah SWT.
2024/06/06 00:43:00
Back to Top
HTML Embed Code:


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function pop() in /var/www/tgoop/chat.php:243 Stack trace: #0 /var/www/tgoop/route.php(43): include_once() #1 {main} thrown in /var/www/tgoop/chat.php on line 243