Telegram Web
#adikakudisantau

Pada tahun 2010, adik aku, Sani, di santau. Sampai sekarang kami tak tahu dan tak mahu tahu. Biarkan sahaja tapi kami sekeluarga amat terkesan dengan peristiwa itu. Ini kisahnya.

Ia bermula selepas Sani pulang bersama kawan-kawannya dari Pulau Tioman. Sani tiba-tiba gatal satu badan. Apabila berpeluh Sani akan mula garu. Kadang-kala dia beritahu badannya pedih dan sakit. Kami bawa dia jumpa pakar kulit. Mereka kata mungkin Sani alahan dengan pasir. Doktor ber ubat sapu alahan dan anti bakteria. Doktor juga beri ubat gatal kalau rasa gatal.

Selepas mengunakan ubat itu, alhamdulillah, kulit sani mula pulih. Sani pun jarang garu. Tapi perangainya mula ubah. Seorang yang kaki lepak, suka mengembara, tiba-tiba suka berdiam seorang diri dalam bilik. Dia tak mahu berborak atau bersosial dengan sesiapa. Aku hanya nampak dia keluar bilik apabila dia nak makan. Itu pun dia makan dalam bilik. Kata Sani dia banyak tugasan.

Makin hari makin berubah. Sani mula marah-marah. Kadang-kala Sani meninggikan suara kepada ibu. Rasanya benda tu dah mula rasuk dalam badan Sani.

Pada waktu petang, Sani akan tidur sehingga magrib. Apabila ibu cuba kejutkan dia, Sani mengamuk. Memang kejutkan dia boleh berlaku perang dunia ketiga.

Sani juga boleh di dengar seperti bercakap seorang diri. Kadang-kala dia seperti zombi, bila tegur tak jawab. Ibu sangkakan dia ambil dadah.
Satu hari, Sani muntah darah lalu jatuh demam. Dia di bawa masuk ke dalam wad. Di hospital, seleranya mula hilang. Emosinya mengacau. Sentiasa batuk-batuk sehingga berdarah. Deman panas Sani makin teruk. Sani di berikan satu bilik kerana takut dia mengacau yang lain.

Doktor memberitahu dia nak buat beberapa ujian untuk menentukan Sani waras ke tidak. Ibu aku menangis apa dia terbayangkan anak dia gila. Kerana takut keputusan jiran, ibu memutuskan untuk bawa balik Sani.

Satu hari, Mak Ngah datang melawat kami sekeluarga di Kuala Lumpur. Badan Sani semasa tu dah turun sebanyak 8 kg. Pada satu hari, apabila azan magrib boleh di dengar, Sani tiba-tiba menjerit, β€œDiam! Sakit telinga aku!” Mak Ngah percaya Sani kena santau. Dia suruh kami cari ustaz.

Dalam pukul 9 lebih, Ustaz Karim tiba. Kawan kepada ayah. Ustaz tu baca sesuatu. Selepas itu dia renjis sikit kat muka Sani dan bagi dia minum. Sani seperti terjaga. Dia melihat kelilingnya seperti terkejut. Dia ajak Sani mandi. Bersihkan apa yang kotor. Sani pun ikut.

Dia baca sesuatu sekali lagi dan tuang minyak attar. Selepas itu dia suruh Sani mandi. Sani mandi dengan kain pelekat je. Ustaz beritahu yang dia akan buang sekali kain pelekat itu.

Kata Sani setiap titik air jatuh dekat badannya, dia rasa segar. Seperti mandi air terjun.

Ustaz tidak benarkan Sani pegang kain pelakat itu. Dia membungkusnya dalam plastik beg hitam.
Sani dah mula ceria. Wajahnya seperti Sani yang kami kenali. Tiba-tiba dia kata dia lapar. Ibu ambilkan dia nasi berlauk ayam kicap. Makanan kegemaran Sani. Muka ibu gembira. Mak Ngah memeluknya. Sani meminta maaf atas apa yang dia telah buat. Ibu maafkan.

Ustaz tanya jika kami ingin tahu siapa yang santau kan Sani. Selepas berfikir Sani kata dia tidak mahu tahu, tapi dia nak tahu bila dia santau. Kata Ustaz, semasa Sani pergi bercuti dengan kawan-kawannya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#kisahseramhighway

Minggu lepas kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu.

Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga...
Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...
Jadi kami teruskan juga perjalanan keTrg dgn hati yg tabah...
Setelah semua selesai, Ahad mlm Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yg perlu disiapkan, dan kami bertolak dari K.Trg dlm 10.30mlm...

Mula masuk H'way Bukit Grik dlm 1.30 pagi... dan sepanjang prjalanan aku rasa mcm biasa..cuma bini aku ckp dia pening dan rasa nak muntah..mgkn sebab jln bengkang-bengkok...
Alhmdllah, kami sampi ke Grik dlm kul 4.10pagi gitu, dan kami stop kat R&R sebab aku nak p toilet...
mcm biasa aku lock kereta kalau aku tggl sat anak bini aku, tapi alhmdllah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm...

Tiba-2 kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas p tgk kereta aku, tak ada apa-2 berlaku...
Then aku p dptkan bini aku, dia nmpk mcm takut... Aku tanya kenapa? Dia kata ada org lalu mundar mandir depan keta aku tu, tgk direct kat depa dlm keta... Then, masa tu keta aku berbunyi...Then tiba-2 org tu hilang... So aku pujuk bini ckp maybe org driver lorry dkt-2 situ yg lepak sama....

Then kami teruskan perjlanan ke Penang... start nak masuk H'way baru Grik-Baling dlm kul 4.30pagi...
Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan...ingat nak U-turn...jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jln aku nak U-turn... Tapi bila terus...still takder lampu jln, sebab bateri solar utk lampu tu dah habis kot... so aku make desicion teruskan perjlanan...
Tiba-2 aku rasa semcm jer...Then bini aku tiba-2 mcm terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut... Then tiba-2 aku rasa keta aku mcm berat... aku tekan myk juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Hangpa bayangkan turun bukit guna gear 4 Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit...Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhmdllah depan kami ada lori balak..rasa ringan semula... Bila aku dah overtake lori tu...tak lama aku rasa berat balik... Mcm tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku.... Sepnjg nak kuar h'way tu nak sampai ke Baling, dlm 3-4 kali aku rasa mcm tu... Kadang-2 aku mcm terasa nak tgk tepi cermin...tapi bila tgk takder apa-2... Alhmdllah, kami dpt kuar dari H'way tu dan sampai ke Baling... Then takder rasa apa-2...Lepas tu ada bukit-2 nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5....

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku ckp kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-2 kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...) Lepas aku ckp kat bini aku, barulah bini aku rasa 'burden' yg dia rasa tadi hilang tiba-2..rasa lega... Kami selamat sampai rumah kat seberang jaya dlm kul 7.30 pagi... itu pun aku sempat lagi p beli nasi kandar kat Jalil bagan...

Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku... Bini aku ckp, masa perjalanan nak ke K.Trg pun dah ada nampak benda pelik... Dia nampak mcm org tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia... Then masa nak balik ke Penang, still org yg sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat H'way Grik Baling tu org tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dgn beranikan diri buat tak tahu jer... Kuat juga bini aku. Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat...

Dia ada nmpk mcm benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..! Tapi Alhamdullah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kg,... Adik ipar aku yg sorang tu cerita, dlm bulan lepas, member dia terbabas kereta kat H'way Baling Grik sebab rasa benda yg sama..kereta rasa berat, then lost control terbabas... dia kata kami Alhamdullah kuat juga dpt lawan....

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu H'way Baling grik tu, kalau boleh jgn lewat sgt..Tunggu sat kat Pekan Grik tu...dah masuk subuh, then boleh la kot tempoh jln tu... Tapi kalau kuat, belasah jer...
Lagi kalau korang ada any experience or info tntg topik aku bukak ni, boleh la share kat sini...

At least takder la member-2 kita kena benda yg sama aku kena..or maybe lagi teruk!

cr : google
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from asp on hiatus πŸ˜”
─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ
𖨂 @aspbymoana π€π•π€πˆπ‹π€ππ‹π„ 𐀔 Λ–
─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ

β™‘βƒž 🌊 ២៲៸ croissant cherry πŸ₯πŸ’ ꜝꜝ

𔔀 100 - 300+ subs .
𔔀 02 seats available

β™‘βƒž 🌊 ២៲៸ croissant boba πŸ₯πŸ§‹ ꜝꜝ

𔔀 400 - 600+ subs .
𔔀 06 seats available

β™‘βƒž 🌊 ២៲៸ croissant choco πŸ₯πŸ« ꜝꜝ

𔔀 700 - 900+ subs .
𔔀 06 seats available

β™‘βƒž 🌊 ២៲៸ croissant honey πŸ₯πŸ― ꜝꜝ

𔔀 1k - 3k+ subs .
𔔀 05 seats available

β™‘βƒž 🌊 ២៲៸ croissant peach πŸ₯πŸ‘ ꜝꜝ

𔔀 4k - 9k+ subs .
𔔀 09 seats available

𐀔 Λ– 🌊 ២៲៸ 𐀔 Λ– 🌊 ២៲៸ 𐀔 Λ– 🌊 ២៲៸ 𐀔 Λ– 🌊 ២៲៸

𔔀 🌊 βž› satu channel , max 2 asp .
𔔀 🌊 βž› ada desc , ada special seat , adil .
𔔀 🌊 βž› list stay 5 hours .
𔔀 🌊 βž› manual delete asp .
𔔀 🌊 βž› interested ? send form join asp to @aspbymoana_bot .
𔔀 🌊 βž› checklist ? @aspbymoana_list

─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ─ׅ─ׄ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#kisahseramusm

KISAH seram di sekolah atau universiti terutamanya di kawasan terpencil atau menggunakan bangunan lama sudah menjadi sinonim dalam kalangan penuntut.

Belajarlah di universiti mana pun, pasti ramai daripada kita pernah dimomokkan dengan kisah turun temurun yang menyeramkan.

Seperti baru-baru ini, tular gambar memperlihatkan kelibat makhluk dalam persalinan putih sedang berdiri di atas bumbung dipercayai kolej kediaman sebuah universiti di utara tanah air.

Meskipun ada sangsi ketulenan gambar tersebut, namun beberapa penuntut universiti itu tampil mempertahankan keasliannya selain berkongsi kisah pernah ternampak kelibat sama.

Meskipun ada mengatakan gambar itu palsu namun ramai pelajar universiti itu tampil menceritakan pengalaman mereka.

Kelibat kepala tanpa wajah bergayut di dinding

Seperti dikongsikan oleh Kamarul (bukan nama sebenar) di Facebook, dia sendiri pernah melihat dengan matanya sendiri ketika dalam perjalanan pulang ke bilik asrama bersama tiga lagi rakannya.

Ketika kejadian mereka baharu sahaja pulang dari fakulti ke kolej kediaman selepas seharian menyelesaikan tugasan berkumpulan.

Bukan sahaja Kamarul, tetapi salah seorang rakannya iaitu Jimmy yang berbangsa Cina turut melihat kelibat tersebut sedang merangkak di tepi dinding untuk naik ke atas bumbung asrama mereka.
"Sebaik turun sahaja daripada bas, 'deria' keenam saya tiba-tiba rasa lain macam... Sangkaan saya betul apabila Jimmy turut mencuit pinggang saya tetapi dia tidak bercakap apa-apa.

"Kebetulan saya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, jadi saya bertanya kepadanya apa yang dia lihat. Dia beritahu ternampak seorang 'lelaki' sedang bergayut di dinding," katanya.

Kamarul memberitahu dia berkomunikasi dalam bahasa Mandarin kerana tidak mahu dua lagi rakan mereka berasa terkejut dengan apa yang mereka lihat.

Bagaimanapun kata Kamarul, dia tidak melihat 'lelaki' yang dimaksudkan Jimmy sebaliknya kelibat kepala tanpa wajah berbadan hitam sedang merangkak laju ke atas bangunan.

Kelibat itu akan berdiri di tingkap dan mengusap wajah pelajar yang sedang duduk di meja pelajar.

Bertenggek di tingkap, usap kepala

Ketika berjalan ke biliknya, Kamarul bertambah gementar apabila melihat kelibat sama bertenggek di atas bingkai tingkap yang tidak ditutup.

"Tingkap menghadap meja belajar... bayangkan mereka yang sedang belajar diperhatikan oleh makhluk itu tapi mereka tak sedar.

"Paling menakutkan apabila 'benda' tersebut mengusap kepala sehingga saya terkasima tidak dapat berkata apa-apa," ujarnya.
Enggan melayan perasaan takut, Kamarul cuba mengalihkan perhatian dengan berbual dengan Jimmy sebelum wajahnya tiba-tiba bertukar pucat kerana lelaki yang dilihatnya tadi bertukar menjadi makhluk hitam menakutkan.

"Kami saling berpelukan kerana takut sampaikan dua lagi rakan ingat kami bergurau tapi sebenarnya kami terkejut sampai mulut saya tak henti-henti baca ayat Kursi.

"Ia barangkali pengalaman paling menyeramkan pernah saya alami sepanjang belajar di sana tetapi Alhamdulillah tiada kejadian buruk menimpa kami," katanya.

credit : google (mStar)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#kelibatdibangunanasrama

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang sangat berani sangat ada jugaklah perasaan takut. Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah pengalaman first time aku pernah menjadi pengganti/buffer sekuriti di salah sebuah sekolah berasrama.

Dipendekkan cerita, lewat petang aku dapat call dari seorang kawan yang dia mintak tolong gantikan dia sekuriti waktu malam, emergency ada hal penting katanya. Aku pun tanpa berfikir panjang setuju saja. Malam tu aku terus ke tempat sekolah tu, besar jugaklah kawasan sekolah tu.

Tiba jam 2 pagi waktu untuk rondaan di kawasan sekolah blok bangunan dan blok asrama. Aku berbekalkan lampu torch light kecik terus berjalan menuju ke bangunan pentadbiran/pejabat. Memang agak gelap dan suram sunyi sepi.

Sekali sekala macam-macam bunyi jugaklah tapi aku anggap bunyi mungkin binatang yang melompat dan berjalan untuk sedapkan hati yang kadangkala seram sejuk. Aku tengok dalam pejabat yang berkunci di pintu kaca kelihatan ada satu komputer yang masih hidup seperti sedang menaip sesuatu. Tapi tempat duduk dan keyboard tu aku tak nampak agak terlindung.
Terdetik dihati pintu pejabat kunci takkan masih ada staff yang buat kerja lewat malam macamni. Hmmm..aku abaikan saja dan terus ke blok lain. Makin jauh aku meronda makin sunyi. Tiba aku di jalan koridor bangunan banyak kelas-kelas pelajar. Tiba-tiba aku terdengar bunyi macam budak-budak main kejar-kejar koridor tingkat atas.

Aku pun terus suluh torch light dari bawah tapi takdak apapun. Mulalah aku fikir yang mengarut-ngarut ni. Aku pun cepat-cepat jalan laju sikit sambil dari jauh aku suluh bangunan atas tadi aku nampak ada pelajar perempuan masih pakaian uniform sekolah berdiri melihat aku. Aku tak nampak wajahnya sebab dalam gelap lampu samar-samar saja. Dalam hati aku boleh tahan jugak budak-budak sini buasnya masih aktif tak tidur lagi.

Tiba di lokasi asrama pelajar. Aku ronda di kawasan luar pagar sahaja. Keadaan asrama gelap, aku menyuluh di setiap tingkap-tingkap blok asrama. Aku berasa hairan dan pelik kenapa pelajar-pelajar kat sini masih belum tidur lagi sebab aku tengok diorang berdiri kaku kat setiap tingkap melihat tajam ke arah aku. Aku rasa macam nak cepat habis saja waktu tu. Makin tak tentu arah fikiran aku.

Dan last rondaan aku menuju ke dewan besar pelajar. Aku ternampak ada satu pintu dewan tu terbuka, masa aku nak tutup pintu tu. Dalam cahaya lampu samar aku ternampak dalam dewan atas pentas tu sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan duduk bertimpuh tapi diam senyap kaku.

Henset aku tiba-tiba berbunyi. Kawan aku tu yang call, dia bagitahu dia lupa nak bagitau aku simpan kunci asrama dalam kotak simpanan kunci sebab semua pelajar tak ada, diorang dah balik rumah cuti seminggu.

Ya Allah! Jantung aku macam terus berdegub kencang. Siapa β€œmereka” yang aku tengok sepanjang rondaan ni!?

Dari jauh aku melihat β€œbudak-budak” yang di atas pentas tu dengan perlahan-lahan mereka menoleh ke arah aku dan tangan mereka melambai-lambai ke arah aku. Aku jadi kaku dan tanpa sedar melepaskan henset terhempas jatuh ke lantai….

kredit : google
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#penumpangghaib

Kewujudan makhluk halus di dunia ini sudah biasa didengari orang ramai, lebih-lebih lagi apabila yang menceritakan kisah tersebut adalah orang-orang tua yang tinggal di kampung, orang yang mempunyai β€˜deria keenam’ dan juga paling tidak jangka ialah penghantar makanan (rider) atau pemandu e-hailing seperti Grab.

Baru-baru ini, seorang pemandu Grab bernama Muhammad Noor Izaat berkongsi cerita seram berhubung β€˜entiti’ misteri yang dikatakan β€˜berlakon’ menjadi penumpang di satu kawasan terpencil.

Kisahnya bermula, apabila pelanggan perempuan yang di setkan namanya sebagai Patimah membuat tempahan kepada Noor Izzat di sebuah kawasan perumahan di sekitar Puncak Alam.

Mengenakan baju jaket hitam, t-shirt putih dan seluar hitam, Noor Izaat berkata, Patimah mempunyai rambut yang panjang dan cara percakapannya persis seperti negara jiran iaitu Indonesia.
β€œIni bukan busuk bau kepam atau bau ikan atau peluh, tapi bau dia macam something,” terang Noor Izaat yang mahukan pembaca faham dengan perasaan yang dialaminya.

Dengan keadaan yang berbau pelik, Noor Izaat meneruskan perjalanan tanpa menyoal sebarang pertanyaan kepada wanita tersebut.

Setibanya di lokasi yang di β€˜pin’ oleh Patimah, Noor Izaat perasan keadaan sekeliling di kawasan perumahan itu gelap dan tiada kelibat orang kerana jalan terbabit jarang digunakan.

Oleh itu, Patimah meminta Noor Izaat untuk meneruskan perjalanan walaupun dalam hatinya meronta ketakutan namun dia akur kerana wanita tersebut merupakan pelanggannya.

Noor Izaat kemudiannya memandu hingga jarak lebih kurang 900 meter ke dalam tetapi persekitaran di situ masih gelap, tiada orang mahupun rumah di dalamnya.

β€œErr…cik, betul ke cik lokasi ini cik? Dah jauh ini ke dalam…Ke apartment yang last tadi?” ujar Noor Izaat kendatipun bau busuk itu masih ada.

Penumpang itu masih berdiam diri, membuatkan Noor Izaat berasa cemas dan tidak sabar untuk keluar dari tempat itu. Sekali lagi dia bertanyakan soalan dengan nada suaranya yang sedikit ketakukan.
β€œCik, maaf. Saya tanya ni. Tak boleh masuk dalam lagi ni. Dalam itu mana boleh masuk dah?

β€œTiada rumah pun?! Betul ke lokasi cik ini?” tanya pemandu itu dalam keadaan merinding dengan bau busuk.

Dengan rasa tidak sabar, dia menoleh ke cermin sisi belakang dan apa yang mengejutkan, wanita tadi yang menyuruh untuk dia pergi ke lokasi terbabit telah hilang, ghaib seperti terbang di udara.

Bau busuk yang menyengat itu perlahan-lahan hilang di dalam kereta tersebut dan tanpa berfikir panjang, Noor Izaat mula undurkan kereta dengan menekan pedal minyak dan pecut selaju mungkin.

Dalam keadaan menggigil dan menggelabah, Noor Izaat membuka ke semua tingkap kerana mahu bau itu hilang ditelan dek angin.

Apabila berada di lokasi yang selamat dan berasa tenang, Noor Izaat membuka sejarah aplikasi (history) untuk membuat aduan dan seperti wanita itu juga, pesanan itu telah hilang.
"Dah tidak boleh fikir, balik terus. Memang ini kali pertama, depan-depan, dalam kereta kena ganggu dengan makhluk seperti ini.

β€œYang hairannya, makhluk ini advance, hantu pakai Grab? Biar betul?” tambahnya.

Noor Izaat masih tidak percaya perkara sedemikian berlaku kepada dirinya dan masih berasa seram serta bingung dengan keadaan yang berlaku.

kredit : google
2025/10/08 12:12:06
Back to Top
HTML Embed Code: