Telegram Web
7 Cara Fokus Dalam Belajar : Rahsia Jadi Pelajar Terbaik

Artikel : https://himpunannotastpm.com/7-cara-fokus-dalam-belajar-rahsia-jadi-pelajar-terbaik/

Channel @himpunannotastpm
Tips Elak Stress STPM

1. Mandi Tengah Hari Selepas Kelas
2. Banyakkan Aktiviti Kerohanian
3. Belajar Selepas Waktu Subuh
4. Elak Tidur Lewat Menyebabkan Rehat Tak Cukup
5. Hujung Minggu Spend Masa Utk Gembira, Jangan Terlampau Perah Otak Untuk Belajar

Channel @himpunannotastpm
Hai. Selamat BerPKP semuanya. Memandangkan PKP dilanjutkan suka saya nak share serba sedikit tentang tips bagaimana urus masa belajar time STPM. Ini yang saya buat masa saya sendiri bergelar pelajar STPM dulu.

1. Elak Study Lewat Malam
Study lewat malam ni maksudnya study jam 10, jam 12 malam. Bukan tak bagus, bagus. Tapi, ingat jangan selalu sebab ini akan mempengarui otak kita disebabkan terlalu penat dan kurang istirehat. Kalau 3 kali seminggu. Maybe ok. Jangan hari2. Serius, sangat bahaya utk kesan masa panjang. Kalau saya, memang tak dapat sudah. Lama2 lupa juga apa yang dipelajari. Ahahaha.

2. Study Jam 4 - 7 Pagi
Haa.. Ni yang best nak share kat korang. Guys maksud kat sini korang kena tidur awal dan bangun awal. Kalau saya sebelum Subuh bangun dan belajar. Then selepas Subuh sambung balik sehingga masa utk pg sekolah dalam jam 6:20 pagi. Kenapa waktu pagi ni bagus? Kita punya otak masih fresh lepas bangun tido. Tu pasal kita dapat hafal dan daya in ngatan kuat waktu pagi.

3. Tidur 5 Minit
Masa saya form 6 saya selalu buat benda ni dalam jam 12 tgh hari. Saya tido dalam 5-15 minit and bangun balik. Then baru pergi solat Zuhur. Seriously. Masa tu kami belajar sampai jam 3 ada kelas. So saya ambik kesempatan utk tido tengah hari. Petang2 otak masih fresh sebab lepas tido.

4. Belajar Ikut Mood
Ni pula saya amalkan jika saya rasa sangat boring dengan suatu subjek. Laaa.. Saya pun manusia biasa kan. Ehehe.. Saya belajar la ikut subjek yang mana saya suka, bukan ikut jadual sgt. Sebab memang tak boleh paksa sampai penat letih bagai tapi ianya sia2. Saya ni jenis yg buat kerja biar nampak hasilnya. Ehehe. Jangan tak belajar langsung sudah. Tu lain cerita.

5. Hasilkan Nota Pada Hujung Minggu
Korang ni mesti rasa sangat bosan dgn nota dlm buku kan. Ahahaha. So hari ni saya prefer buatlah nota sendiri. Jangan harap sangat nota dari buku. Sebab beli buku tebal2 pun takda guna kalau tak dibaca. Kalau buat nota, sambil2 kita tulis sambil2 kita faham. Ehehe.. So form 6 ni pendek kata nak cemerlang kena usaha lebih. Ini bukan hari ni cemerlang esok pun cemerlang. Guys, dalam form 6 siapa yg kuat menghafal dan faham fakta, saya jamin dia boleh cemerlang. Tak kisah la korang dulu form 5 dari course mana sekalipun. Kalau tak kuat menghafal, korang akan lemah kat form 6. Ada berpuluh ribu beratus ribu orang kata form 6 susah. Weyyyy.. Kalau susah tak mungkin ramai yang cemerlang... Nahhh. Cuba lah tanya mereka apa tips? Pasti mereka jawab banyakkan menghafal fakta.

Ok itu saja buat hari ni, esok kalau ada masa saya share lagi dan lagi. Semoga kata2 semangat ini bermakna buat adik2 STPM yg sangat2 saya respect dan tabik spring ngan korang. Jiwa kental semuanya. Semoga terus berjaya, see you guys at 3.5 above for next semesterrr.. 😊😊😊

AymondNazren
@himpunannotastpm

https://himpunannotastpm.com/tips-urus-masa-belajar-dengan-bijak-dan-berkesan/
HimpunanNotaStpm.Com pinned «Hai. Selamat BerPKP semuanya. Memandangkan PKP dilanjutkan suka saya nak share serba sedikit tentang tips bagaimana urus masa belajar time STPM. Ini yang saya buat masa saya sendiri bergelar pelajar STPM dulu. 1. Elak Study Lewat Malam Study lewat malam ni…»
Tak lama lagi start sekolah, so saya dah ready dgn nota utk upload kat website dan ada juga nak share kat sini
Hai Semua Adik2 Stpm.... Lama sudah cuti.... Boleh rujuk nota sejarah di himpunannotastpm.com
Hai semua semoga kita semua dlm lindungan Tuhan. Tak lama lagi persekolahan akan start seperti sedia kala.. 😊
Saya selaku admin akan update dr semasa ke semasa.
Selamat datang kpd adik2 yg baru masuk form 6
Ada byk kisah motivasi yg admin nak share dgn korang, min bukan pelajar cemerlang. Tp min dpt capai apa yg terbaik yg min rasa sepanjang STPM dulu.
So mungkin ada lepas ni yg lemah semangat dlm form 6. Min harap perkongsian min dpt menjadi titik tolak dan memotivasikan ramai lg rakan2 seperjuangan dalam STPM.
So jgn jdkan tiada masa, susah dan banyak lagi utk tidak meneruskan form 6 ini.
Sebenarnya form 6 ni sangat2 menarik sebab apa yg kita belajar kat form 6 hampir sama dgn apa yg akan kita belajar semasa degree kelak😊
LAMAN WEB HIMPUNAN NOTA STPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon panjangkan mesej ini bagi membantu adik2 junior secara keseluruhannya.

Untuk pengetahuan adik2 semua saya sudah selesai setting laman web

himpunannotastpm.com

https://himpunannotastpm.com

https://himpunannotastpm.com

Akan tetapi setakat ini saya masih kekurangan nota2 dari senior dan guru2.

Sekiranya berminat utk berkongsi nota bagi memudahkan rakan2 atau cikgu2 seluruh Malaysia, saya sangat menggalakkan berkongsi nota.

Nota yang ingin dipamerkan di laman web seluruh Malaysia bolehlah diemailkan kepada saya
[email protected]


* Pastikan anda melampirkan dengan
Nama penuh
Email anda

Ini bagi memudahkan untuk kami trace siapa pemilik nota tersebut.

Terima kasih atas sokongan semua.

#himpunannotastpm
#notastpm
#gurustpm
#studentstpm

Channel Rasmi @himpunan_nota_stpm_senior_cikgu

Sec Channel @himpunan_nota_stpm_senior_cikgu

Group website
@himpunannotastpmgp

Channel website [PRIVATE]
https://www.tgoop.com/+UynSbWXNlPAVgK6A
2025/10/15 22:27:42
Back to Top
HTML Embed Code: