Telegram Web
Forwarded from Hikayat Si Kosong (Sutra Lame)
Dia yang kau temu ialah dia yang terbentuk dari beberapa luka dan tersepit dengan tragedi masa lalu.

@hikayat_sikosong
Putaran siang dan malam adalah hitam putih mengenal Tuhan.

@hikayat_sikosong
Sudah separuh usia ulang ayat sama tapi kalau salah kita mula baca balik.

Cari nur dalam kalam sebab kalau tak jumpa, 4 kitab habis baca pun belum tentu jadi baik.

@hikayat_sikosong
Adam bererti tiada. Maka sejak awal penciptaan lagi Tuhan sudah menunjukkan bahawa manusia adalah ketiadaan yang diadakan untuk menjadi sebuah bukti adanya yang ada.

@hikayat_sikosong
Kebenaran adalah seperti sebuah cermin yang jatuh ke tanah dan pecah berkeping-keping. Masing-masing mengambil satu kepingan dan mereka merasakan diri mereka telah menemukan kebenaran. Saat seseorang melihat kebenaran dari kepingan cermin yang dia pegang, orang lain juga melihat kebenaran dari kepingan cermin dia pegang. Masing-masing melihat kebenaran dari sisi yang berbeza. Dan makin lama dia menatap wajahnya pada kepingan cermin tersebut, dia bakal melihat wajah yang tidak pernah dia kenal.

@hikayat_sikosong
Jangan pernah salahkan Adam jika takdir menjadikanmu iblis dan jangan juga pernah salahkan Hawa jika takdir menciptakan Idris. Tuhan cuma berkehendak, kamu yang memilih.

-Emer Saz
@hikayat_sikosong
Kamu adalah keindahan yang tertawan oleh dosa-dosa.

@hikayat_sikosong
Kamu adalah ketaatan yang sedang mencari pahala di dasar neraka untuk membakar diri sendiri agar dapat merasakan sebuah ketiadaan.

@hikayat_sikosong
Kamu adalah keabadian yang tidak hidup bersama waktu kerana kamu akan sentiasa wujud di hati kekasih.

@hikayat_sikosong
Kamu adalah harapan yang dikirim ke masa depan yang paling jauh.

@hikayat_sikosong
Kamu adalah kebahagian yang terbentuk dari luka dan kegelapan.

@hikayat_sikosong
Kamu adalah rindu yang memanduku ke ruang penuh raung.

@hikayat_sikosong
Setelah mencintai ketaatan, akhirnya dia hampir terluka dengan doanya sendiri.

@hikayat_sikosong
Semoga nanti bakal tertunai segala hutang rasa ini.

@hikayat_sikosong
Iman berjalan seiring redha, merayakan takdir apa adanya.

@hikayat_sikosong
Mungkin kita dijarakkan sebegini jauh kerana Tuhan mahu mendekatkan kita dengan cara yang paling halal.

@hikayat_sikosong
Antara ragu dan yakin, ada percaya.

Antara takut dan harap, ada cinta.

Antara mencari dan hilang, ada rindu.

@hikayat_sikosong
2024/04/30 20:58:15
Back to Top
HTML Embed Code:


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function pop() in /var/www/tgoop/chat.php:243 Stack trace: #0 /var/www/tgoop/route.php(43): include_once() #1 {main} thrown in /var/www/tgoop/chat.php on line 243