Telegram Web
Forwarded from SQUAD EDUCATION SPM/STPM (2025-2026) (Unknowns 96)
MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2024 DAN PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEPADA CALON

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada Khamis, 24 April 2025, mulai jam 10.00 pagi.

Calon sekolah boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing manakala calon persendirian boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri.

Calon juga boleh menyemak keputusan SPM Tahun 2024 masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.

Semakan dalam talian:
myresultspm.moe.gov.my

Semakan melalui SMS:
SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran & hantar ke 15888

#SPM2024
Haii semuaa, Min Harith di siniπŸ‘‹πŸ»
Lama kita tak berjumpa ya
Nak tak kalau min buat kelas online??
Anonymous Poll
96%
Nakkkkk
4%
Taknakkk
Memandangkan ada yang request tajuk F4, jadi min akan mulakan dengan F4.
Min buat kelas secara random je ya. Mungkin min akan fokus dengan bab 2 T4
Ermm, sir nak minta korang subscribe channel di dulu dan on notification. Supaya korang tak terlepas kelas nanti
https://www.youtube.com/@clev_edu
Forwarded from PriKlas SPM by Clev
Jadual Kelas Clev Edu by Sir Harith.

More free class? Join @priklasbyclev
Subscribe to our channel : https://www.youtube.com/@clev_edu

(C) Clev Edu
Forwarded from SPM Study with Clev
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pengumuman Keputusan SPM 2024
Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia

(C) Clev Edu
(C) Lembaga Peperiksaan
Sains Komputer Spmnetic!β„’ πŸ’»πŸ–±πŸ“Š
Jadual Kelas Clev Edu by Sir Harith. More free class? Join @priklasbyclev Subscribe to our channel : https://www.youtube.com/@clev_edu (C) Clev Edu
Selamat malam, kelas min Harith yang direncanakan malam ini terpaksa ditangguhkan ya. Sebab min batuk, jadi tak dapat bercakap lama sangat.
InshaAllah min akan buat sekitar minggu depan settle dengan result SPM.
Doakan min dapat keputusan yang baik ya untuk SPM :>
Forwarded from SPM Study with Clev
Tak sangka...
Dari hari pertama masuk sekolah menengah sampai ke dewan peperiksaan, semuanya terasa sekejap. Dan sekarang, kita dah tinggal beberapa detik je lagi sebelum keputusan SPM diumumkan.

Mungkin ada rasa takut. Mungkin ada harapan.
Apa pun keputusan nanti, korang tetap hebat. Korang dah beri yang terbaik, dan itu yang paling penting. 🌈

πŸ“² Live countdown sekarang kat IG!
Klik sini dan follow instagram kami untuk rasa debar dia sama-sama:
πŸ”— https://www.instagram.com/stories/clev_edu/3616886911517884818?igsh=OGpzcG1icDBiZXp3

Ambil masa tarik nafas, senyum sikit.
Tak kira apa yang keluar nantiβ€”hidup korang baru nak bermula πŸ’ͺ✨

#SPM2024 #CountdownKeputusan #DetikYangDinanti #ClevEdu
Forwarded from SPM Study with Clev
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar batch 07 yang telah menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)! Tidak kira apa jua keputusan yang diperoleh, anda semua telah melalui satu fasa penting dalam hidup dengan penuh usaha, cabaran, dan pengorbanan. SPM bukan sekadar peperiksaan, tetapi bukti ketabahan dan komitmen anda dalam mengejar ilmu serta membentuk masa depan.

Kepada yang berjaya dengan cemerlang, syabas dan teruskan kecemerlangan itu dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Jangan lupa bersyukur dan terus merendah diri. Gunakan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, kerana perjalanan masih panjang dan banyak lagi peluang menanti di hadapan.

Kepada yang mungkin kurang berpuas hati dengan keputusan, jangan sesekali rasa gagal. Ini bukan penamat, malah mungkin ia adalah titik mula untuk menemui potensi sebenar diri anda. Kejayaan dalam hidup tidak hanya ditentukan oleh sehelai slip keputusan, tetapi oleh keazaman, usaha berterusan, dan semangat untuk bangkit semula.

Apa pun yang anda pilih selepas ini β€” matrikulasi, asasi, STPM, TVET, diploma, kerja, atau rehat seketika β€” buatlah pilihan dengan bijak dan ikut minat serta keupayaan diri. Ingatlah, setiap jalan ada keistimewaannya yang tersendiri. Teruskan berdoa, berusaha, dan percaya dengan perancangan Tuhan. Masa depan anda masih terbuka luas β€” dan anda mampu mencorakkannya dengan tangan sendiri.

Salam dari Harith,
Founder ClevEdu
Forwarded from SPM Study with Clev
Pesanan ikhlas buat batch 07 yang bakal ambil kertas ulangan SPM β€”

Korang dah dapat peluang kedua, jadi gunalah sebaik mungkin. Tak perlu rasa malu atau rendah diri, sebab semua orang ada laluan masing-masing dalam hidup ni. Apa yang penting sekarang, jangan ulang kesilapan lepas. Kalau dulu study last minute, kali ni cuba ubah β€” mula dari sekarang. Biar sikit-sikit, asalkan konsisten.

Jangan tunggu β€˜mood’ datang baru nak buka buku. Mood tu kadang memang tak datang-datang. Korang kena paksa diri sikit. Ingat, ni untuk masa depan korang sendiri. Tak kisahlah subjek apa yang korang ambil nanti β€” buat betul-betul, belajar dengan strategi, tanya cikgu, bincang dengan kawan. Setiap usaha kecil korang hari ni, akan bagi kesan besar nanti.

Kami semua doakan yang terbaik untuk korang. Yang penting, percaya pada diri sendiri, jangan give up, dan jangan lengah-lengah lagi. Peluang dah ada depan mata β€” tinggal korang nak kejar atau tak. Korang boleh buat!

By @freespmstudywithclev
Forwarded from SPM Study with Clev
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami pihak ClevEdu ingin menjalankan kajian tentang penggunaan aplikasi pembelajaran. Mohon kerjasama anda untuk menjawab beberapa soalan. Segala maklumat dirahsiakan. Terima kasih!

Link : https://forms.gle/2qBKqS3EPBvnA4gD8
helloo semuaa , f5 tahu kan hujung bulan ni dah kene submit laporan kerja kursus .. dah ready ke tu nak submit ? 😝 ce share sikit laporan korang dah sampai manee 🫢🏻
saya minta maaf ye sebab jarangg on channel ni , busy ya amat siapkan kk 😭😭😭 inshaAllah dah free nanti saya sikit ii tolong korang untuk revision oke 🫢🏻
hello everyone, ade yg tengah study sk ke tu ? 😝 dahnak exam kan ... ce spill tarikh paper sk korang
drop your punye bab yg lemah kat sini . inshaAllah kalau saya boleh tolong , saya tolong πŸ₯°
2025/06/29 18:17:32
Back to Top
HTML Embed Code: