Telegram Web
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ketabahan rakyat Gaza tidak terkalahkan.

Kredit video: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Ribuan Kanak-Kanak di Gaza Bakal Hadapi Masa Depan Tanpa Ibu Atau Bapa

Keluarga Gaza yang berpindah ke Deir al-Balah berdepan dengan kesedihan yang berpanjangan. Manakala ramai kanak-kanak telah menjadi yatim piatu akibat serangan rejim Israel di Gaza.

Lebih daripada 15,000 orang kanak-kanak di bawah umur direkodkan telah terbunuh dalam perang dan dianggarkan 17,000 yang lain kehilangan ibu bapa mereka atau terpisah daripada mereka.

Kes sebegini telah menjadi sangat biasa sehingga pihak hospital terpaksa mencipta akronim baharu: WCNSF – Wounded Child, No Surviving Family (Kanak-kanak Cedera, Tiada Keluarga Yang Masih Hidup).

Sesetengah kanak-kanak tidak tahu di mana ibu bapa mereka selepas dibawa keluar dari utara Gaza.

Mira yang berusia sembilan tahun berkata, dia dan keluarganya menyelamatkan diri ke selatan. Selepas itu, dia sudah tidak dengar lagi khabar daripada bapanya selama beberapa hari.

“Kami hidup dalam ketakutan. Dalam perjalanan ke sini, kami menyaksikan mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan raya,” katanya kepada Al Jazeera.

“Orang Israel berkata kawasan itu selamat tetapi itu semua palsu. Ke mana sahaja kami pergi, pasti ada serangan.”

Sumber: Al Jazeera
Makan daging setahun sekali.

Inilah realiti bagi negara-negara yang terpilih untuk dilaksanakan korban pada tahun ini. Krisis ekonomi yang teruk, larangan untuk menyembelih lembu, harga terlalu mahal menjadi asbab mengapa mereka menjadi tumpuan destinasi korban kami. Dengan berkat ibadah korban kalian, dapat mereka merasa keseronokan menikmati daging segar pada Raya Korban tahun ini.

Jom laksanakan ibadah korban kali ini. Pilih tunggangan akhirat kalian sekarang!

🐂 Tajikistan RM 600/1 bahagian
🐂 Indonesia RM 700/1 bahagian
🐂 Lubnan RM 1500/1 bahagian

Boleh klik https://korban4ummah.com/telegram atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Infak Umum.

#Heroes4Hope
#Korban4Ummah
Jadual Penyembelihan Lembu

Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan kini hampir tiba. Kalian yang menanti tiba masanya lembu kalian dapat disembelih, dan juga penantian dari kalangan asnaf dan anak yatim untuk menerima daging korban hasil sumbangan kalian semua. Mungkin doa mereka menjadi asbab dipermudahkan urusan harian kita. Moga ibadah korban kalian pada tahun ini diterima Allah SWT. Amin.

Sebarang maklumat tentang lembu korban akan dikemaskini dalam whatsapp group. Pada yang dah berdaftar, dah masuk ke group whatsapp korban kalian?

#Korban4Ummah
#Heroes4Hope
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rupanya, media di dalam dunia kemanusiaan ada aspek yang perlu ditekan agar mesejnya sampai kepada masyarakat awam!

Nak cungkil rahsia ini?

Jom!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 27 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

Penginapan disediakan
Makanan disediakan
Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Kementerian Kesihatan di Gaza, 14 Jun 2024
Hari ke-252 serangan kejam Israel ke atas semenanjung Gaza

▪️ Rejim Zionis Israel melancarkan 4 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 34 penduduk syahid manakala 71 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Pihak rejim Zionis bertindak menghalang ambulans dan anggota pertahanan awam untuk sampai kepada mangsa.

▪️Angka korban serangan Israel telah meningkat kepada 37,266 syuhada dan 85,102 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
Alhamdulillah, website Cinta Gaza Malaysia sudah boleh diakses oleh umum!

Segala info berkaitan kami, sumbangan, laporan projek, berita terkini berkaitan Palestin dan artikel-artikel boleh dibaca di sini!

Ayuh, layari cgm.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kami!

#WebsiteCGM
TERKINI | Baru sebentar tadi kereta kebal Israeli; Namer yang memuatkan 8 orang tenteranya telah meletup & terbakar selepas diserang mujahidin di Rafah, Gaza.

Kesemua tentera tersebut terbunuh.


Sumber: The Cradle, QNN
"Apa yang kami akan lakukan sepanjang TOV nanti?"

Nahh, kami kongsikan tentatif Training of Volunteer anjuran CGM! 🤩

Tidak hanya didedahkan dengan teori semata-mata, tetapi kalian juga akan praktikkan di dalam slot amali iaitu crash course.

Paling best, kita akan mengintai sejarah pejuang 🍉 dan strategi Zionis dalam merampas tanah 🍉

Jadi, dah daftar ke belum?

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
🗓Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
🏫Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!

Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV

Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#tovCGM
#heroes4hope
#weareCGM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari Arafah bersamaan 9 Zulhijjah jatuh pada 16 Jun 2024, Ahad. Jom kita perbanyakkan zikir dan doa.

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

Jangan lupa untuk berpuasa juga. 🤗

“Puasa pada hari (Hari Arafah) tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera Israel merakamkan diri mereka menggunakan masjid yang telah musnah di Rafah sebagai dapur selepas menceroboh bandar Gaza di selatan.

Rakaman itu menunjukkan dinding masjid dicemar dengan grafiti, termasuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan kawasan yang dikelilingi oleh kereta kebal dan trak Israel.

Sumber: TRT World
PRCS: Hampir 500 kakitangan perubatan terbunuh di Gaza

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, seramai 498 orang kakitangan perubatan telah terbunuh sejak permulaan perang Israel ke atas Gaza pada Oktober lalu.

Sumber: Al Jazeera

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Israel: 8 Tentera Terbunuh di Rafah

Tentera Israel mengesahkan bahawa lapan tentera mereka terbunuh dalam satu letupan di Rafah.

Hind Khoudary melaporkan dari Deir el-Balah, Gaza Tengah, pengesahan itu dibuat selepas laporan awal daripada pejuang Palestin tentang "serangan hendap" di kawasan itu yang telah diserang sejak pagi tadi.

Sumber: Al Jazeera
2024/06/15 19:16:14
Back to Top
HTML Embed Code: