Telegram Web
"Apa yang kami akan lakukan sepanjang TOV nanti?"

7 HARI TOV, MACAM-MACAM YANG KORANG BELAJAR NANTI!

Tidak hanya didedahkan dengan teori semata-mata, tetapi kalian juga akan praktikkan di dalam slot amali iaitu crash course.

Paling best, kita akan mengintai sejarah pejuang Palestin dan strategi Zionis dalam merampas tanah Palestin.

Jadi, dah daftar ke belum?

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
🗓️Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
🏫Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

Penginapan disediakan
Makanan disediakan
Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Kementerian Kesihatan di Gaza, 17 Jun 2024
Hari ke-255 serangan kejam Israel ke atas semenanjung Gaza

▪️ Rejim Zionis Israel melancarkan 2 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 10 penduduk syahid manakala 73 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa.

▪️Angka korban serangan Israel telah meningkat kepada 37,347 syuhada dan 85,372 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
🛑Media musuh: Seramai 8,663 askar Zionis telah tiba di jabatan pemulihan psikologi dan fizikal sejak perang tercetus di semenanjung Gaza pada 7 Oktober.

Sumber: Shehab Agency
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sembilan penduduk syahid manakala beberapa lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan Israel petang ini (jam 3:06 pagi waktu Malaysia) yang menyasarkan anggota keselamatan. Anggota tersebut diserang ketika mengawal keselamatan ketibaan trak bantuan di persimpangan Al-Mashroa, timur Rafah.

Sumber: Quds News Network
🛑TERKINI | Pesawat rejim Zionis menyasarkan tengah kem penempatan al-Bureij, Gaza Tengah.

Sumber: Shehab Agency
🛑 Ringkasan situasi di wilayah Gaza Tengah dalam beberapa jam terakhir:

▫️Tembakan berselang-seli dan tembakan artileri milik Zionis disasarkan ke utara kem Nuseirat.
▫️Senjata artileri Zionis membedil timur kem Al-Bureij.
▫️Beberapa serangan dilancarkan pihak rejim Zionis di bandar al-Mughraqa dan sekitar Wadi Gaza, utara kem Nuseirat.
▫️Pihak musuh menyasarkan timur kota Deir al-Balah.
▫️Lapan syahid dan beberapa penduduk cedera selepas rejim Zionis menyasarkan sebuah kediaman milik keluarga Al-Ra'i di Kem 1,kem Nuseirat.
▫️Pihak musuh menyasarkan sebuah kediaman milik penduduk, Abu Muhammad Harb di Blok 3 di tengah kem Bureij.
▫️Pihak rejim menyasarkan tanah pertanian di sekitar tanah Mufti, utara kem Nuseirat.
▫️Lima syahid manakala beberapa penduduk cedera selepas rejim Zionis menyasarkan kenderaan milik keluarga Al-Madhoun bertentangan dengan dewan Abdel-Al di Kem 5, kem Nuseirat.

Sumber: Shehab Agency
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rupanya, media di dalam dunia kemanusiaan ada aspek yang perlu ditekan agar mesejnya sampai kepada masyarakat awam!

Nak cungkil rahsia ini?

Jom!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 27 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Menurut tinjauan baru yang dijalankan oleh Institut Dasar Rakyat Yahudi, kira-kira 60% rakyat Israel menuntut Netanyahu untuk menerima perjanjian tawanan bagi gencatan senjata yang dibentangkan oleh Presiden AS Joe Biden.

Tinjauan itu juga mendapati bahawa kebanyakan rakyat haram Israel mahu Gaza dikawal oleh rakyat Palestin selepas perang tamat, dan Israel mengekalkan kedudukannya yang selamat di wilayah berkenaan.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
🛑TERKINI| Rejim Israel melepaskan tembakan ganas di utara kem Nuseirat, Gaza Tengah.

Sumber: Shehab Agency
Buat julung kalinya, siri Dialog Senja dibuka untuk kehadiran penonton secara fizikal!

Setiap hari kanak-kanak di sana bertanya, "Wahai negara Arab, di mana kalian!" Namun tindakan mereka sepi. Hanya mampu mengadakan pertemuan sesama mereka bahkan mengeluarkan kecaman demi kecaman.

Dialog Senja kali ini dengan tajuk Taufan al-Aqsa: Titik Mula Perubahan Politik Dunia akan dikupaskan oleh panel yang tidak asing lagi iaitu:

🔸Tuan Nadir Al-Nuri (CEO Cinta Gaza Malaysia)
🔸Tuan Syed Ahmad Israa' (CEO IRIS Institute)
🔸Prof Dr Azmi Hassan (Felo Majlis Profesor Negara).

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput Tuan Puan semua untuk mengikuti siri Dialog Senja secara fizikal di Perpustakaan CGM pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Jun 2024 (Isnin)
Masa: 3:30 - 4:30 petang
Medium: Fizikal di Perpustakaan CGM

Live: FB Terkini dan Sensasi Palestin
YT Cinta Gaza Malaysia

Terhad 20 pendaftaran sahaja!
https://bit.ly/DialogSenja2024

#DialogSenjaCGM    
#Heroes4Hope
Hari ini, hari ke-256 peperangan di Gaza berterusan. Satu persatu hospital, pusat kesihatan diserang pihak musuh. Keadaan di sana bertambah buruk apabila sistem pembuangan air berhadapan masalah. Berdasarkan rekod Pejabat Media Kerajaan Gaza, seramai 1,477,748 menghidap penyakit berjangkit akibat perpindahan.

Sumber: Shehab Agency
Kredit foto: Anadolu Agency
Untuk sertai TOV, perlukan kelayakan apa?

Jangan takut untuk mendaftar kerana TIADA KELAYAKAN atau SIJIL AKADEMIK pun diperlukan.

Yang penting, kami mahu hanya semangat dan komitmen anda untuk pembebasan Palestin!

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18-30 tahun.

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Sg. Congkak, Hulu Langat Selangor


Yuran pendaftaran? Jadilah 30 peserta terawal dengan harga promosi RM180 sahaja!
Nak sertai secara berkumpulan? Harga runtuh RM150 seorang! Maksimum hanya 3 orang bagi satu kumpulan.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#tov2024
#heroes4hope
#weareCGM
Kementerian Kesihatan di Gaza, 18 Jun 2024
Hari ke-256 serangan kejam Israel ke atas semenanjung Gaza

▪️ Rejim Zionis Israel melancarkan 3 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 25 penduduk syahid manakala 80 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa.

▪️Angka korban serangan Israel telah meningkat kepada 37,372 syuhada dan 85,452 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
🛑TERKINI | Akhbar Haaretz bahasa Ibrani: Pengarah Hospital Wanita di Beit Lahiya, Dr. Iyad Al-Rantisi, meninggal dunia selepas seminggu ditahan pada November lalu di pusat penyiasatan Shabak, Asqalan.

Sumber: Shehab Agency
Kementerian Kesihatan: Kebolehupayaan Penjagaan Kesihatan di Gaza Menurun kepada 70 Peratus

Perang Israel terhadap Gaza telah melumpuhkan sebahagian besar sektor kesihatan dan mengurangkan kapasitinya sebanyak 70 peratus, menurut Kementerian kesihatan wilayah tersebut.

Akibatnya, Gaza kini lebih bergantung kepada hospital lapangan yang sering kekurangan perkhidmatan asas untuk merawat pesakit yang tidak dapat mendapat tempat di hospital.

Setakat 7 Jun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merekodkan sebanyak 476 serangan yang telah dilancarkan Israel ke atas kemudahan kesihatan di Gaza hingga mengorbankan seramai 727 syuhada dan mencederakan 933 penduduk yang lain.

Sumber: Al Jazeera
Foto: Reuters
2024/06/18 17:51:06
Back to Top
HTML Embed Code: