Telegram Web
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ya Allah maafkan kami ๐Ÿ˜ž

Kami tidak pernah berhenti mendoakan untuk kalian di Gaza. Kami sentiasa ada dan berjuang untuk kalian.

Teruskan share apa-apa posting mengenai Palestin sahabat-sahabat. Mereka perlukan kita!

Reels: https://www.instagram.com/reel/C7LKZnBy2BJ/?igsh=Nmh6Z2l1b2Jxc2p2
PERHATIAN!

CINTA GAZA MALAYSIA PERLUKAN ANDA

Dalam misi kali ini, kami mahu mengajak anda untuk menyertai Training of Volunteer 2024.

๐ŸŽ–Mahu menjadi ikon sukarelawan?
๐Ÿ“‘Mahu tahu cara menghasilkan kertas kerja yang berkesan?
๐Ÿ“ŠMahu faham strategi pembebasan Palestin?
๐Ÿ’ฐMahu tahu rahsia mendapatkan dana awam yang efektif?

Inilah masanya!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
๐Ÿ—“Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
๐Ÿ•Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Yuran pendaftaran?
Hanya RM300 RM180 untuk 50 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

โ˜‘๏ธ Penginapan disediakan
โ˜‘๏ธ Makanan disediakan
โ˜‘๏ธ Sijil fizikal

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV

Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#tov2024
#heroes4hope
#weareCGM
๐Ÿ›‘ TERKINI | Wartawan Shehab: Pesawat tempur rejim Zionis menyasarkan serangan di tengah-tengah kem Jabalia, utara semenanjung Gaza sebentar tadi.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
๐Ÿ›‘ TERKINI | Kejadian tembakan berterusan dilaporkan dari arah trak milik rejim Zionis bersama serangan tembakan artileri ganas ke arah kawasan timur Khan Yunis.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa menteri yang lain yang terlibat dengan nahas helikopter terhempas telah disahkan meninggal dunia, beberapa agensi berita Iran telah mengesahkan berita ini.

Saluran media Iran dan antarabangsa telah berkongsi gambar tapak nahas tersebut yang menunjukkan helikopter Raisi berkecai.

โ€œApabila kami melihat serpihan helikopter tersebut, kemungkinan sesiapa yang terselamat dalam kemalangan sebegini agak tipis. Kami melihat bahawa keseluruhan kabin helikopter itu terbakar sepenuhnyaโ€, ulas media Tehran.

Pihak berkuasa Iran juga mengatakan bahawa beberapa mayat telah terbakar sehingga tidak dapat dikenal pasti, dan mereka tidak dapat mengenal pasti siapa yang berada di lokasi itu.

Sumber: Al Jazeera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang kanak-kanak lelaki telah kehilangan bapa, ibu serta abangnya yang telah terbunuh dalam serangan pengeboman tentera rejim Zionis Israel ke atas rumah kediaman mereka.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
๐Ÿ›‘ TERKINI | Bekas Menteri Pertahanan Israel, Moshe Ya'alon:

โ–ช๏ธ Kerajaan Netanyahu gagal menguruskan peperangan yang berlaku sehingga ke hari ini.

โ–ช๏ธKerajaan telah mengorbankan rakyat yang menjadi tawanan di Gaza, meninggalkan rakyat Israel di utara dan selatan, menghantar tentera ke medan tempur tanpa matlamat yang jelas yang akhirnya membawa kepada kemerosotan keselamatan, ekonomi, sosial dan hubungan antarabangsa.

โ–ช๏ธDia (Netanyahu) tidak layak untuk terus memerintah, dan kami akan turun ke jalanan untuk melakukan perubahan.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
๐Ÿ›‘ TERKINI | Menteri Luar Turki, Hakan Fidan:

โ–ช๏ธ Israel telah melepasi semua garis merah dalam serangannya ke atas Gaza dan menjerumuskan wilayah itu ke dalam kancah perang yang menyeluruh

โ–ช๏ธ Saya menyeru seluruh negara di dunia agar mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara demi kebebasan dan keadilan

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
๐Ÿ›‘TERKINI | UNRWA: Perpindahan berterusan yang berlaku di Gaza menunjukkan bahawa lebih 810,000 orang telah melarikan diri dari Rafah sejak dua minggu lalu.

Sumber: Shehab Agency
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Seorang bayi, Abdulkarim Attar cedera akibat serangan udara yang dilancarkan rejim Israel ke atas bandar Gaza.

Sumber: Shehab Agency
๐Ÿ›‘TERKINI : Pesawat tempur Israel melancarkan serangan udara di sekitar Hospital Yaman yang terletak di kem penempatan Jabalia.

Sumber: Quds News Network
๐Ÿ›‘TERKINI | 54 warga haram dan 11 anggota polis Israel telah menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa pagi ini.

Sumber: Shehab Agency
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ›‘ TERKINI | Briged Al-Qassam memuat naik video para Mujahidin Al-Qassam bertembung dengan tentera dan jentera musuh di timur kota Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Telegram Briged Al-Qassam
Info yang semua orang perlu tahu hari ini ialah:

๐Ÿ”บKem pelarian Jabalia telah 'dikenakan' pembunuhan beramai-ramai yang belum pernah terjadi sebelum ini selama 8 hari berturut-turut.

๐Ÿ”บMayat syuhada yang dibunuh sejak 8 hari lalu bergelimpangan di jalan raya dan dikumpul di dua hospital di Jabalia.

๐Ÿ”บRamai penduduk Gaza yang cedera parah telah meninggal dunia kerana KEKURANGAN kakitangan perubatan dan rawatan.

๐Ÿ”บBeribu-ribu MANGSA HILANG selepas rumah dan tempat perlindungan mereka musnah akibat serangan rejim Zionis.

Sumber: X Motasem A Dalloul
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang kanak-kanak terbunuh ketika dia sedang tidur di salah sebuah sekolah di kem penempatan Jabalia, utara Gaza akibat pengeboman yang dilancarkan pihak penjajah rejim Zionis.

Sumber: Shehab Agency
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang bayi perempuan dilaporkan meninggal dunia di unit nurseri di Hospital al-Syahid Kamal Adwan di utara Gaza, akibat daripada mesin oksigen yang digunanya berhenti berfungsi pada masa yang sama pengepungan rejim yang berterusan ke atas hospital.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sementara di sebuah sekolah di kem Jabalia utara Gaza, yang menjadi tempat perlindungan rakyat yang kehilangan tempat tinggal, seorang kanak-kanak syahid terbunuh akibat serangan bom rejim Israel.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Suasana dari perkarangan Masjid al-Aqsa pada waktu subuh hari ini (waktu Palestin).

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Netanyahu: Perintah tidak masuk akal dan palsu yang dikeluarkan oleh Pendakwaraya Jenayah Antarabangsa ditujukan bukan sahaja terhadap saya tetapi juga terhadap negara Israel.

Sumber: Al-Jazeera
Kredit: Dunia Palestin

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
2024/06/16 01:39:26
Back to Top
HTML Embed Code: