Telegram Web
#LongPasia | PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA KOMUNITI

Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Sabah Triton Expenditure (STX) telah menjalankan Program Ramah Mesra bersama komuniti di Long Pasia pada 17-19 Mei 2024.

Sebanyak 50 buah kenderaan pacuan 4 roda telah memasuki ke kawasan pedalaman dengan membawa barangan bantuan seperti bakul makanan, barang persekolahan dan generator untuk diagihkan kepada penduduk di Long Pasia.

Kehadiran Yayasan Ikhlas bersama STX telah disambut baik oleh Ketua Kampung Long Pasia, Tuan Yakub Sim dan penduduk disini juga turut meraikan kehadiran kami dengan mempersembahkan tarian tradisional, perlawanan bola tampar dan bola sepak.

Pengurus Unit Perhubungan Korporat Yayasan Ikhlas iaitu saudara Syafiq telah mengunjungi Pusat Komuniti Islam (PKI) di Long Pasia yang diwujudkan pada pertengahan tahun 2022. PKI ini merupakan tempat ibadah bagi umat Islam disini.

Menurut Tuan Yakub Sim, penduduk kampung disini mengalami masalah sumber air bersih dan sumber elektrik yang terhad. Keadaan sekarang, mereka hanya bergantung kepada sumber air dari sungai yang kotor dan sumber elektrik dari solar atau generator.

InsyaAllah, Yayasan Ikhlas juga dijemput meraikan hari perayaan di Long Pasia seperti hari Kaamatan, Krismas & Aidilfitri di masa akan datang.

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
#Hebahan | HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

πŸ“£ Kepada semua orang Melaka dan sekitarnya, jom meriahkan booth Yayasan Ikhlas di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada hujung minggu ini!

. .
Anda suka main games tapi bosan asyik duduk rumah? Kami ada solusinya.

Jom cuba dan rasai sendiri Virtual Reality (VR) game yang sangat awesome dan pastinya anda akan β€˜rasa real’ dengan pelbagai pilihan permainan.

Kami juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik, jualan dan hadiah misteri buat pengunjung yang berkunjung ke booth kami.

Kosongkan masa anda pada 25 & 26 Mei 2024 ini dengan hadir ke Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan di Melaka.

Jemput datang dan memeriahkan booth kami di B14. Jangan lupa ajak family, kawan-kawan dan jiran anda untuk turut hadir✨

Jumpa anda disana!

πŸ—“ 25 & 26 Mei 2024 (Sabtu & Ahad)
⏰ 9:00 pagi - 6:00 petang
πŸ“ Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

#HBN2024 #HariBeliaNegara #YakinBoleh #YayasanIkhlas
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nak jumpa Aepul Roza?
Dekat Melaka?
Betul ke?

Eh, salah-salah. Min gurau je. Nampak sama ke tu? πŸ˜†

Ni haa, min nak ajak semua orang Melaka dan yang berdekatan untuk datang dekat booth Yayasan Ikhlas dekat Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. Bermula hari Sabtu ni hingga hari Ahad.

Banyak aktiviti menarik dekat booth kami. Nak main VR boleh, nak pusing roda impian boleh dan macam-macam lagilah. Yang penting dapat jumpa Bro dalam video ni.

Jumpa dekat sana!

πŸ—“ 25 & 26 Mei 2024 (Sabtu & Ahad)
⏰ 9:00 pagi - 6:00 petang
πŸ“ Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

#HBN2024 #HariBeliaNegara #YakinBoleh #YayasanIkhlas
πŸ”΄ LIVE DI HBN, MELAKA

Tak dapat hadir ke Sambutan Hari Belia Negara di Melaka? Jangan risau, kami bawakan secara langsung di TikTok. Tontong sekarang πŸ‘‡πŸ»

Borak petang bersama Ustaz Bilal Jailani dan Saudara Haziq AJAR ✨

https://vt.tiktok.com/ZSYYphxfN
SULTAN PERAK MENCEMAR DULI KE RERUAI YAYASAN IKHLAS

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak dan Penaung Diraja MERCY Malaysia telah mencemar duli ke reruai Yayasan Ikhlas di Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa MERCY Malaysia (MMIHC) 2024.

Pegurus Besar Yayasan Ikhlas, Bilal Jailani menerangkan serba sedikit tentang projek ikonik Yayasan Ikhlas seperti Projek Pembangunan Sistem Air Bersih.

"Projek Air Bersih adalah inisiatif kebajikan yang memanfaatkan teknologi dan semangat komunitism.

51,000 liter air mentah ditapis menggunakan teknologi membran, hingga capai kualiti sedia diminum. Kepakaran ini disumbangkan oleh Prof Kawi Bidin dan Prof Baba Musta dari Universiti Malaysia Sabah.”

Turut diterangkan adalah projek Pusat Pengajian Islam Al-Husna di Perkampungan Orang Asli, Pos Kuala Mu, Perak yang merupakan wadah kepada pembangunan intelek komuniti orang asli dengan aktiviti pembelajaran disana.

Baginda telah berkenan mencemar duli menyampaikan ucaptama bertajuk Humanitarian Development Nexus: Building Resilence, Transforming Lives sempena Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa 2024.

MMIHC 2024 yang berlangsung selama tiga ini diadakan di Universiti Teknologi Malaysia yang menghimpunkan pakar perubatan dan pelbagai pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan mengenai usaha menangani isu mendesak serta memacu tindakan kemanusiaan global.

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
2024/05/31 04:13:16
Back to Top
HTML Embed Code:


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function pop() in /var/www/tgoop/chat.php:243 Stack trace: #0 /var/www/tgoop/route.php(43): include_once() #1 {main} thrown in /var/www/tgoop/chat.php on line 243