Telegram Web
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Allahuakbar!!

Satu-persatu bala tentera Allah turun membantu Bridget Al-Qassam, H4MAS..
Moga kemenangan buat Palestin🇵🇸.. Allahumma Aamiin..

Negara² Islam yang lain tiada alasan untuk berdiam diri sedang Negara Yaman yang tak kaya sudah turun berperang...

#Palestine #PrayforPalestine #FreePalestine #Yaman #Malaysia #MasjidilAqsa #Gaza #Islam #Muslim #Jihad
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Jika diam saat AGAMAMU DIHINA, gantilah bajumu dengan kain kafan"

~ Buya HAMKA

Ketahuilah..
Orang² MUNAFIK itu dia lebih lunak dan menjaga hati KAFIR berbanding menjaga hati saudara Muslimnya sendiri🍁

#FreePalestine #Palestine #Islam #Muslim #Gaza #Aqsa #Malaysia #PrayforPalestine #Allah #Rasulullah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Moga Allah jauhkan bala daripada kita semua..Allahumma Aamiin😭

BALA bila pemimpin terdiri daripada golongan Lliberal yang mengendahkan & memperlekeh pandangan serta teguran Ulama' & Mufti 🍁

Hiburan melampau dan bercampur MAKSIAT serta artisnya aktivis LGBTQ..

Sedarlah💔
Saudara Muslim kita di Palestin masih dibunuh oleh Israhell Laknatullah...

#coldplay #Maksiat #AkhirZaman #KamiBantah #Malaysia #KualaLumpur #Islam #Iman #Ihsan #Taqwa #Allah #Rasulullah
Sedarlah Umat Islam💔

Konsert yang bercampur MAKSIAT itu BESAR mudharatnya kepada Umat Islam...

TERBATAL IMANNYA dengan percakapannya sedemikian yang menghina & memperlekeh Nabi Muhammad SAW...

Sebab tu ada MUFTI yang MENGHARAMkan Coldplay ni dari buat konsert di Malaysia...
Dan Kerajaan Malaysia sepatutnya mendengar teguran Mufti bukan mencari dalil untuk membenarkannya..

#Coldplay #Islam #Iman #Ihsan #Taqwa #Allah #Rasulullah #Dakwah #Malaysia
Forwarded from Buku Haraki 📗 (Mujahid Dakwah 🇲🇾🇵🇸)
Pemuda Islam Yang Dijanjikan - Dr Yusuf al-Qaradhawi.pdf
53.4 MB
Pemuda Islam Yang Dijanjikan - Yusuf al-Qaradhawi

Keruntuhan Khilafah Uthmaniah tlh menyebabkan dunia Islam difaraidkan oleh kuffar & mendung hitam mengarak pantas ke seluruh tanah air Umat Islam. Kuffar menyerbu dgn perang pemikiran, Umat Islam diratah & terduduk, mulut terkunci, pucat tak bermaya mnghadapi serangan barat dgn agenda kristianisasi

Meninggalkan ajaran Islam sikit demi sedikit, walaupun tak keluar drpd Islam. Lihatlah anak muda Malaysia hari ini, ramai yg anggap hiburan bercampur maksiat itu perkara biasa. Ramai yg meninggalkan Solat tanpa rasa apa2. Ramai yg dedah aurat tanpa rasa malu.
Nauzubillah

Anak muda adalah golongan yg menghancurkan kezaliman. Madinah menyaksikan kepahlawan anak muda yg sentiasa mnjadi pendokong kpd Nabi SAW. Peluh anak2 muda pemberani yg berilmu mnjadi pemain utama di peperangan Badar, Uhud, Tabuk & puluhan perang tlh bersimbah darah wangi syuhada dlm menegakkan Islam

Roh umat adalah ISLAM. Jika tak dijadikan panduan. Maka, kembalilah dlm kejahilan

#IslamMemimpin
Salam Ramadan Al-Mubarak 1445H 🌙

Moga Ramadan tahun ini menjadikan diri kita yang terbaik pada pandangan Allah SWT...
Allahumma Aamiin..

Maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri ini 👏🏻

#Ramadan #Islam #Muslim
#FreePalestine #Gaza #PrayForGaza #MerdekaPalestin #Malaysia
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-67🇲🇾

Kemerdekaan tanah air harus segera disusuli dengan perjuangan memerdekakan minda.

Menyedari apalah erti kemerdekaan bumi pertiwi, jika rakyat peribuminya masih tetap berminda anak jajahan. Membangkitkan jiwa merdeka adalah agenda terpenting yang tidak boleh dikompromikan.

Merdeka pada jasad,
Merdeka pada akal.

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi.

أَقَامُوا الصَّلَاة

Mereka yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengukuhkan hubungan mereka dengan-Nya

وَآتَوُا الزَّكَاةَ

Mereka yang menunaikan kewajipan harta, mengatasi tabiat bakhil, membersihkan diri mereka dari tamak haloba dan menumpaskan bisikan-bisikan syaitan

وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ

Mereka yang menyeru dan mendorong manusia ke arah kebaikan

وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ

Dan mereka yang menentang kejahatan dan kerosakan.

#Merdeka #TanahMelayu #Malaysia
UJI INGATAN PADA RASULULLAH (01)

Siapakah yang dikenali sebagai حاضنة (Penjaga) Nabi Muhammad ﷺ?
Anonymous Quiz
10%
As-Syifaa
48%
Ummu Aiman
8%
Thuwaibah
35%
Halimah As-Sa'diyyah
Sollu alan Nabiy💚

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

#CintaNabi #Selawat #Jumaat
UJI INGATAN PADA RASULULLAH (02)

Siapakah Wanita Pertama Yang menyusukan Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم selepas daripada Ibu Baginda?
Anonymous Quiz
29%
Thuwaibah Al-Islamiah
6%
Ummu Aiman
48%
Halimah As-Sa'diyyah
16%
Ummu Salamah
UJI INGATAN PADA RASULULLAH (03)

Siapakah diantara nama-nama berikut merupakan adik-beradik susuan Baginda Nabi Muhammad ﷺ?
Anonymous Quiz
19%
Abbas Bin Abdul Mutallib (Pakcik Baginda)
19%
Abu Talib (Pakcik Baginda)
26%
Ja'far Bin Abi Talib (Anak Saudara Baginda)
37%
Hamzah Bin Abdul Muttalib (Pakcik Baginda)
HAMZAH BIN ABDUL MUTTALIB
(Singa Allah Penghulu Syuhada)

Sudah tentu ramai mengenali sosok tubuh ini. Beliau terkenal sebagai Asadullah bermakna singa Allah. Hal ini kerana kepahlawanan dan keberaniannya terhadap musuh, yang membuatkan umat Islam menumpang bangga dengannya. Beliau adalah antara pembesar Quraisy. Seorang yang gagah perkasa, berbadan sasa dan tidak takutkan sesiapa.

Walaupun Hamzah merupakan bapa saudara kepada Nabi SAW, umur mereka boleh dikatakan sebaya. Mereka membesar bersama dan menyusu dari ibu susuan yang sama. Nabi SAW amat kasih kepada teman sepermainannya itu sejak kecil lagi.

Walaubagaimanapun, Hamzah tidak menerima dakwah Nabi SAW daripada awal. Bukan kerana benci, tetapi tidak mahu mempedulikan hal-hal rumit sedemikian. Beliau lebih suka menghabiskan masa dengan minatnya memburu. Walaupun tahu apa yang berlaku, beliau langsung tidak mengendahkan seruan Nabi untuk beriman dan bersama Islam.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika beliau pulang dari memburu, datang seorang lelaki mengadu tentang apa yang telah dilakukan oleh Abu Jahal terhadap anak saudaranya Muhammad SAW. Hamzah bertanya adakah ada lagi orang lain melakukan perkara sama? Jawab lelaki itu, ya, bahkan ramai.

Hamzah menjadi marah tiba-tiba. Beliau terus meluru ke Safa, tempat biasa Abu Jahal berkumpul bersama konco-konconya. Tanpa apa-apa mukaddimah, beliau terus menerpa ke arah Abu Jahal dan menghentak kepala Abu Jahal dengan busur yang ada di tangannya, menyebabkan kepala Abu Jahal koyak dan berdarah.

Hamzah kemudian melaungkan:
“Hari ini aku umumkan bahawa aku telah memeluk Islam! Kalau ada sesiapa berani membuat aku kembali berpaling dari Islam, cubalah!”

Namun tiada siapapun yang berani menyentuh Hamzah.

Dalam masa yang pantas, tersebarlah berita keislaman Hamzah ke seluruh kota Mekah. Ia menjadi tamparan hebat dan malapetaka besar buat orang musyrikin. Adapun bagi orang Islam, ia adalah satu rahmat yang cukup besar. Bagi mereka, tiadalah hari-hari yang lebih menggembirakan ketika di Mekah melainkan dua hari; hari Islamnya Umar al-Khattab dan hari Islamnya Hamzah bin Abdul Muttalib.

Kedua mereka juga begitu teruja selepas memeluk Islam. Pernah mereka menyuarakan hasrat kepada Rasulullah SAW untuk keluar ke hadapan Kaabah secara terang-terangan bersama Rasulullah, dan solat di hadapan Baitullah disaksikan oleh semua penduduk Mekah.

Nabi SAW bersetuju lalu keluarlah mereka bertiga ke Baitullah. Baginda berjalan penuh haibah bersama dua orang pengawalnya. Seorang di hadapan baginda dan seorang di belakang.

Sampai di hadapan Kaabah, mereka menunaikan solat Zohor dengan tenang tanpa diganggu sesiapa. Setelah selesai mereka berjalan pulang ke rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Mata para musyrikin memerhatikan setiap tindak-tanduk mereka, dengan hati yang panas membara dan penuh dendam, tetapi tidak berani berbuat apa-apa.
UJI INGATAN PADA RASULULLAH (04)

Perkara-perkara luarbiasa yang berlaku kepada Baginda Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda menerima wahyu dikenali sebagai?
Anonymous Quiz
61%
Mukjizat
18%
Irhash
14%
Karamah
7%
Ma'unah
2024/09/22 02:58:50
Back to Top
HTML Embed Code: