Telegram Web
Forwarded from JAKIM
Malaikat Mengaminkan Doa Kepada Orang Sakit

Setiap ucapan yang baik ketika menziarahi orang sakit bukan sekadar kata-kata semangat, tetapi turut diaminkan oleh para malaikat.

Oleh itu, biasakanlah lidah kita dengan doa dan kata-kata yang menguatkan hati. Moga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan ketabahan kepada mereka yang diuji dengan sakit.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Berbaring Pada Sisi Kanan

Tidur berbaring pada sisi kanan sangat dianjurkan dalam Islam karena bermanfaat bagi jantung, membantu untuk bangun solat malam, dan ia merupakan sunah Nabi Muhammad SAW.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Ramai ibu masuk dunia perkahwinan dan parenting dengan mindset:

"Anak dan pasangan ini nikmat."
Tapi bila penat, rumah bersepah, suami tak bantu, anak tantrum — mula rasa marah, tertekan, kecewa.

Sebab apa?
Sebab kita tak sedar — Allah dah beri amaran awal-awal dalam al-Qur'an.
Bukan semua nikmat itu nikmat… ada yang fitnah.

Allah berfirman:

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu hanyalah fitnah (ujian), dan di sisi Allah jualah pahala yang besar."
(Surah At-Taghabun, 64:15)

→ Perkataan فِتْنَةٌ (fitnah) maksudnya ujian yang boleh melalaikan, memesongkan, atau menggoncang hati.

Bila kita masuk fasa perkahwinan dengan mindset “semua ni nikmat”, kita jadi tak bersedia bila ujian datang.

Tapi bila kita masuk dengan mindset “ini fitnah, ini amanah, ini ujian dari Allah”, kita lebih bersedia. Kita akan cari ilmu, faham tafsir al-Qur’an, dan bina taqwa.

Taqwa itu yang akan jadi shield (perisai) emosi dan hati kita.

Kerana Allah dah berfirman:

وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ
"Bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal."
(Surah Al-Baqarah, 2:197)

Kalau nak sabar, kita tak boleh bergantung pada mood.
Kita kena bergantung pada ilmu yang melahirkan taqwa.

Umm Ilham

#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily

Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3

Channel
💗Untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a

🌹Untuk girls
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G

Telegram
https://www.tgoop.com/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl

https://www.tgoop.com/IlyaniMunsarikh
[AMALAN YANG TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN GIGI]

1. Mengambil snek atau minuman manis dengan kerap.
2. Tabiat menghisap jari.
3. Tidak memberus gigi di waktu malam sebelum tidur.
4. Merokok.

#BMSS
#Bulanmalaysiasihatsejahtera2025

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tgoop.com/sihatmilikbersama
Forwarded from JAKIM
Solat di Awal Waktu

Rasulullah SAW bersabda, antara amalan yang paling dicintai Allah SWT ialah:

1️⃣ Solat pada waktunya
2️⃣ Berbuat baik kepada ibu bapa
3️⃣ Jihad di jalan Allah

Jom sama-sama kita jaga solat di awal waktu sebagai tanda cinta kita kepada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Adab Ketika Bersin

Setiap perkara dalam Islam penuh dengan adab dan doa, termasuklah bersin. Rasulullah SAW mengajarkan kita:

👉 Bila bersin, sebutlah “Alhamdulillah ala kulli hal”.
👉 Saudara yang mendengarnya, jawablah dengan “Yarhamukallah”.
👉 Kemudian yang bersin membalas: “Yahdikumullah wa yuslih baalikum”.

Ringkas, tetapi penuh dengan doa & kasih sayang sesama Muslim.

Jom kita amalkan sunnah ini dalam kehidupan seharian!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Jangan biarkan komitmen dan solidariti kita terhadap Gaza 'mati' begitu saja dengan penahanan para aktivis Global Sumud Flotilla ini. Terus komited hinggalah penjajahan haram Zionis ke atas bumi Gaza dihentikan!

Negara barat sudah mulakan gerakan Global Sumud Flotilla, kini tiba masanya untuk kita pula memimpin gelombang seterusnya.

Oleh itu, dana yang besar diperlukan untuk kita mulakan gelombang seterusnya yang akan dipimpin oleh Sumud Nusantara sendiri dan negara serantau.

Ayuh! Bersama kita cipta sejarah kebangkitan ini! Layari sumudnusantara.com untuk menyumbang, bersama-sama mengambil berkat hari Jumaat ini untuk menyumbang demi pembebasan bumi Gaza!

#Stand4SumudNusantara #Stand4Palestine #NusantaraForGaza #BreakTheSiege
Forwarded from JAKIM
4 Ucapan yang Dicintai Allah SWT

1️⃣ Subhanallah – Maha Suci Allah
2️⃣ Alhamdulillah – Segala puji bagi Allah
3️⃣ La ilaha illallah – Tiada Tuhan selain Allah
4️⃣ Allahu Akbar – Allah Maha Besar

Basahkanlah lidah dengan zikir ini setiap hari. Sesungguhnya ia ringan di lisan, tetapi berat di timbangan amal.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Tanda Allah SWT Menerima Taubat Seseorang

Antara tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang ialah antaranya apabila sikap dan akhlaknya berubah, jiwanya menjadi dekat dan kasih dengan masjid, akhlak dan bahasanya baik, dia merasa seronok untuk melakukan ibadat serta dia tetap berterusan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa bertaubat dan diterima taubatnya di sisi Allah SWT. Amin

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Cara Mengubati Penyakit Was-Was

Jangan biarkan syaitan memperdaya hati dan fikiran kita. Rasulullah SAW telah mengajarkan penawar terbaik apabila was-was datang mengganggu solat dan ibadah.

Amalkan sunnah ini. Semoga hati kita kembali tenang, fokus dan ikhlas dalam setiap ibadah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
2 Tahun Taufan Al-Aqsa: Gaza Masih Berdarah

Selama 731 hari, Gaza diserang tanpa belas. Rejim Zionis telah menumpahkan darah lebih 65,000 rakyat Palestin, mencederakan 167,000 lagi, dan memaksa 1.9 juta penduduk menjadi pelarian di tanah sendiri.

Israel menjatuhkan ratusan ribu tan bom, menghancurkan 90% wilayah Gaza termasuklah rumah, sekolah, hospital, bahkan tempat ibadah. 34 daripada 36 hospital dimusnahkan. Ratusan keluarga dihapuskan sepenuhnya dari daftar penduduk. 70% mangsa adalah kanak-kanak dan wanita.

Lebih kejam lagi, Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perang. Mereka menutup semua lintasan sempadan selama berbulan-bulan, menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan dan makanan, sehingga ratusan orang mati kebuluran, termasuk 154 kanak-kanak.

Genosid sedang berlaku di Gaza.
Teruskan bersuara. Teruskan bercakap tentang Palestin.
Jangan biarkan kezaliman ini dilupakan. Kezaliman ini bukan peperangan. Ia pembunuhan bangsa.

#PerangTaufanAlAqsa
#Heroes4Hope

www.tgoop.com/cintagaza
2025/10/12 01:29:54
Back to Top
HTML Embed Code: