Telegram Web
Eksklusif dan Berbaloi! Set C Combo dengan 2 buku pilihan hanya RM67.80. Jangan ketinggalan!

Dapatkan segera hanya klik di sini:
www.wasap.my/60126332904/nakdptkn15rar17ftr

#FTRExclusive
#setCCombo
Hidup ni kena tenang dan gembira. Tukarkan yang negatif kepada perkara positif.

Tukar redha manusia kepada redha Allah SWT.
Itulah yang sebaiknya.
.
bersyukur menjadikan kita bahagia, dan bahagia itu pastinya akan menjemput rezeki di sekeliling kita.rezeki kesihatan, kasih sayang, keluarga bahagia dan sebagainya

makin banyak bersyukur, makin bertambah rezeki kita. InsyaAllah.

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
Setiap orang ada cerita hutang tertunggak masing masing.

Memang emosi tahap sengsara jiwa dan raga kan bila kena hadapi hutang bertingkek tingkek. Perghhh ada yang kena hadapi hutang hingga 20 jenis

Seorang pembaca ftr ni. Baru baca dan berikhtiar dengan formula sifar hutang.

Rasa lega ya amat hati beliau bila banyak hutang dah start boleh bayar. Syukur alhamdulillah.

Kredit Hani A Karim.

Ce baca. Ce baca apa sharing beliau

Jom dapatkan buku FTR disini ๐Ÿ‘‡
http://bit.ly/SolusiRezQiBerkat769 atau wasap
Www.wasap.my/60126332904/nakdapatkn121ftr

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
Terkadang dihadirkan orang yang berkata kasar, atau perbuatannya membuatkan kita โ€œterasaโ€.

Pujuk hati. โ€œTak mengapalah. Mungkin dulu aku pun pernah buat begitu pada orang lain.โ€

Ataupun segera ingatkan kebaikan yang pernah dia lakukan pada kita.

Sabar. Segala yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Berbaliklah padaNya. Pasti ada hikmah yang kita tak nampak. โค๏ธ

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
Mati itu datangnya tanpa pemberitahuan.

Kematian itu rahsia Allah. Mengapa?

Supaya setiap orang Islam itu sentiasa bersedia dalam menghadapi sakaratul maut. Mungkin hari ini kita mampu bergelak tawa, mungkin esok bukan lagi milik kita untuk tersenyum gembira.

Bila Allah berkata โ€˜kunfayakunโ€™, dalam tidur pun nyawa boleh terpisah dari jasad. Kehidupan di dunia ini berbeza sekali dengan kehidupan di akhirat sana. Sentiasalah mengingati mati supaya kita sentiasa mempersiapkan diri menghadapi saat yang tak terduga.

โ€œSesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.โ€ Sahabat-sahabat bertanya, โ€œApakah penggilapnya wahai Rasulullah?โ€ Rasulullah menerangkan, โ€œMembaca Al-Quran dan mengingati mati.โ€ (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Sungguh, mati itu dekat. Malaikat maut sentiasa ada bersama kita, dalam kalangan kita, mengekori gerak-geri kita, setiap saat dan ketika. Izrail tidak hanya mendekati manusia beberapa saat sebelum ajal.

Bahkan, malaikat maut sentiasa mengintai dan berada dekat dengan kita. Bukankah setiap yang hidup itu pasti akan mati?

Kematian tidak pernah mengenal usia, baik yang tua mahupun muda. Kerana itulah mereka yang muda jangan sesekali leka dengan usia muda. Walaupun mempunyai tubuh badan yang sihat dan wajah yang tampan dan cantik, itu bukan jaminan jauhnya kematian.

Bersediakah kita jika Allah mengambil nyawa yang dipinjamkanNya pada kita hari ini? Sudah Cukup ke bekalan kita?

Sudah bersungguh-sungguh ke usaha yang kita lakukan untuK bertemu dengan Maha Pencipta?

SEMOGA BERMANFAAT ๐Ÿฅฐ

โ€ขโ•โ•โ—Žโ—Žโ™กโ—Žโ—Žโ•โ•โ€ข

ุฑูŽุจูู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠู’ ูˆูŽู„ููˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠูŽู‘ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูู…ูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ุฑูŽุจูŽู‘ูŠูŽุงู†ููŠู’ ุตูŽุบููŠู’ุฑู‹ุง

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

๐ŸŽ‹ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ๐ŸŒปุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡๐ŸŒบู„ุง ุงู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ๐ŸŒผุงู„ู„ู‡ ุงูƒุจุฑ

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
RENUNGAN SEBELUM LENA

" Kehidupanmu luar biasa dan sangatlah indah ketika kau sabar dan mengabaikan orang-orang yang menyinggungmu dan menyakitimu. "

- Habib Muhammad Albagir Bin Yahya -


JOM BACA AL MULK SEBELUM TIDUR


Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
Pejuang akhirat yang disayangi lagi dikasihi yang dirahmati Allah dunia akhirat...

Assalamualaikum semua sahabat syurga salam tahajjud..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAHAJA AKU BEKERJA/BERNIAGA /BERIBADAH HARI INI KERANA INGIN MEMBANTU RAMAI ORANG MELALUI SERVIS ATAU PRODUK KERANA ALLAH TA'ALA

TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
WAKAF SUATU PERJALANAN MENGEJAR AKHIRAT

Manfaatkan peluang dan ruang yang kita ada untuk saling berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

Antara amalan yang tidak putus pahala jika kita sudah tiada di dunia adalah sedekah amal jariah atau berwakaf di jalan Allah SWT.
https://bit.ly/WakafIlmukeSyurga

Sabda Rasulullah SAW:
ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃูŽู†ู’ููŽุนูู‡ูู…ู’ ู„ูู„ู†ู‘ูŽุงุณู
"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain." (HR Ibn Hibban)

Jom sertai wakaf sedekah jariah biayai ILMU kepada pelajar.

Atau boleh Klik disini๐Ÿ‘‡
https://bit.ly/WakafIlmukeSyurga

Sesungguhnya biar amalan ini akan menjadi peneman kita di akhirat kelak. Aamiin

Saya suka ingatkan orang yang suka diingatkan.

#FTRExclusive
#BangsaMembacaBangsaBerjaya
#BersamaKESyurga
#ProjekWakafFTR
Forwarded from Rahsia Rezeki Melimpah69 (Naftalena spatula)
KELEBIHAN BERSEDEKAH

"Jangan pernah merasa malu ketika hanya mampu memberi sedikit untuk bersedekah, karena selalu ada kebaikan dalam berbagi, tidak peduli seberapa kecil yang kamu berikan."
- Ali bin Abi Thalib -

https://bit.ly/InfaqAlQuranpahalaberpanjangan

#enuur #keberkatanberpanjangan #alquranenuur #enuurtaggingmethod #enuurpreneur #belisedekahALQuranTaggingEnuur
Forwarded from Rahsia Rezeki Melimpah69 (Naftalena spatula)
๐Ÿ“Œ AL-QURAN REMINDER ๐Ÿ’–

Apa Khabar Hati Harini?

Harini Dah Baca Al-Quran Belum? ๐Ÿ˜‡

Follow for More Sharing insyaAllah ๐Ÿ˜‡ 
๐Ÿ‘‰ T.me/RahsiaRezkiMelimpah 
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769 

#SebarkanKebaikan
#AlQuranReminder
#SemuaAmalanDicatat
#JutawanDariRumah
#JutawanDuniaAkhirat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Asalamualaikum & Selamat Pagii ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’–
Selamat berhujung minggu โœจ

Jom aminkan doa ini ramai-ramaiโ˜บ๏ธ

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Aminn ya mujib ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
Malam ini telah pun bermula pergerakan para hujjaj untuk persediaan hari tarwiyah yang jatuhnya pada hari Jumaat esok hari.

Secara asasnya ibadah haji ini menghimpunkan keseluruhan rukun Islam. Di dalamnya terkandung syahadah, solat, puasa, (sedekah), dan haji itu sendiri.

Subhanallah.

Sedikit perkongsian buat bakal tetamu Arafah pada tahun ini;

Ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah swt. Tibalah saat yang paling dinanti sepanjang kehidupan. Detik terpenting duduk di bawah langit yang padanya tiada hijab buat mereka yang berdoa.

Berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ini, saya kategorikan kepada 3 waktu utama sepanjang berada di Arafah.

1. Waktu pagi -
Setibanya di Arafah. Selesaikan keperluan khidmat diri, set up tempat, recce tempat untuk berdoa, dan berehatlah. Sementara nak dapat tidur, jangan tinggalkan zikir. Kumpul tenaga untuk berjuang petang nanti.

2. Zuhur ke Asar -
Solat jamak taqdim. Waktu ini gunakan untuk sampaikan setiap hajat doa yang dikirimkan kepada kita. Kalau ada 10, sampaikan 10. Kalau ada 80, sampaikan 80. Kalau ada 200, usahakan sampaikan kesemuanya. Sebab mereka yang berkirim kepada anda adalah mereka yang berhajat. Anda adalah wakil. Pada ketika ini anda mungkin akan berjumpa dengan pelbagai jenis masalah yang mungkin anda tak pernah terfikir ada manusia diuji sebegitu rupa.

Ingat. Anda adalah wakil dan pemegang amanah. Jaga kerahsiaan setiap doa yang mereka kirimkan. Mereka kirim kepada anda kerana mereka percayakan anda.

Bersedia untuk masuk ke waktu asar. Bangun, berjalan, pergi ke bilik air, khidmat diri. Sebab kita tak nak buang waktu asar ke maghrib yang singkat hanya untuk perkara yang sepatutnya dapat kita selesaikan lebih awal.

3. Asar ke Maghrib -
Ini waktu paling mustajab doa. Namun saya kategorikan waktu paling kritikal. Sebab kita dah penat berdoa waktu zuhur tadi, waktu asar ni kita akan mula rasa mengantuk dan penat.

Lawan!

Spray muka,
bangun berjalan,
alih tempat duduk.

Yang penting tak tidur.
Yang penting tak bersembang.

Waktu ini concludekan kesemua doa yang dikirim sewaktu zuhur tadi, dan mulalah berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan para guru kita.

Menghampiri waktu Maghrib, akan semakin terasa kesayuan. Rasa syahdu. Pengalaman kami bersama khemah-khemah arab, waktu inilah akan kelihatan ramainya manusia bangun berdiri, berdoa sambil menadah tangan ke langit, penuh khusyuk dengan linangan air mata itu adalah lazim.

Ingat sentiasa. Ketika ini langit Arafah sedang terbuka luas untuk ahli-ahlinya.

Jadi berdoalah bersungguh-sungguh.

Berdoalah bersungguh-sungguh dengan doa yang lahir dari hati yang ikhlas.

Kerana sebaik-baik doa adalah doa arafah.

Haji itu adalah arafah.

IKHTIARKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK TIDAK TIDUR PADA WAKTU ZUHUR SEHINGGA KE MAGHRIB.

Allah dah beri anugerah (arafah), sambutlah. Jangan sia-siakan.

Dalam jutaan manusia, kalian adalah insan terpilih.

Tahniah, dan doakan kami semua.

Rokhaizat Rahmat
Bathaa Quraysh, Makkah
7 Zulhijjah 1445H
Sejak awal Zulhijjah pernah kah anda membaca 99 Nama ALLAH, ASMAUL HUSNA. Jika belum inilah masanya....

Ya ALLAH
Ya Rohman
Ya Rohim
Ya Malik
Ya Qudus
Ya Salam
Ya Mu'min
Ya Muhaimin
Ya 'Aziz
Ya Jabar
Ya Mutakabbir
Ya Kholiq
Ya Bari'
Ya Mushowir
Ya Ghofar
Ya Kohar
Ya Wahab
Ya Rhazaq
Ya Fathah
Ya 'Alim
Ya Khobidh
Ya Basith
Ya Khofidh
Ya Rofi'
Ya Mu'iz
Ya Mudzil
Ya Samii'
Ya Bashiir
Ya Hakam
Ya' Adlu
Ya Lathiif
Ya Khabir
Ya Halim
Ya 'Azhim
Ya Ghafuur
Ya Syakuur
Ya 'Aliy
Ya Kabir
Ya Hafizh
Ya Muqiit
Ya Hasib
Ya Jalil
Ya Kariim
Ya Raqiib
Ya Mujib
Ya Wasi'
Ya Hakim
Ya Waduud
Ya Majid
Ya Baa'its
Ya Syahid
Ya Haqq
Ya Wakil
Ya Qowwiy
Ya Matiin
Ya Waliy
Ya Hamid
Ya Muhshii
Ya Mubdi'
Ya Mu'iid
Ya Muhyii
Ya Mu'mit
Ya Hayyu
Ya Qayyuum
Ya Waajid
Ya Maajid
Ya Wahiid
Ya Ahad
Ya Shamad
Ya Qhaadir
Ya Muqtadir
Ya Muqadiim
Ya Mu'Akhir
Ya Awwal
Ya Akhir
Ya Dzaahir
Ya Bathiin
Ya Waali
Ya Muta'alii
Ya bar
Ya Tawwaab
Ya Muntaqim
Ya 'Afuww
Ya Ra'uuf
Ya Malikal Mulki
Ya Dza Jalaali Wal ikraam
Ya Muqsith
Ya Jamii'
Ya Ghaniyy
Ya Mughnii
Ya Maani'
Ya Dhaar
Ya Nafii'
Ya Nuur
Ya Haadii
Ya Badii'
Ya Baaqii'
Ya Waaristh
Ya Rashyid
Ya Shabuur
Ya Allah
Ya Allah

KirimKan Asmaul husna ini kepada 5 Grup kalian !

Allah Sedang Melihat mu!

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
Oleh kerana hari arafah jatuh hari ahad maka puasalah pd hari sabtu utk gandingan sbb makruh jika hanya puasa sunat satu hari shj pda:
1. Jumaat shj
2. โ Sabtu shj
3. โ Ahad shj.
4. โ Hendaklah diiringi puasa sebelum atau selps tetapi puasa arafah kali ni jatuh hari ahad digndingkn dgn sabtu sbb isnin haram puasa.

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
HARGAILAH HARI ARAFAH

Bukan hari untuk beres hal rumah, bshopping, tidur atau istirahat.

Ia adalah hari agung dan mulia. Bahkan Allah menyebut Ahli Arafah adalah yang disaksikan penduduk langit.
Hari pembebasan dari api neraka.
Hari ketaatan,
Hari mujahadah dengan ibadah,
Dan waktu yang paling agung untuk berdoa adalah hari arafah

Berusahalah memenuhi hari itu dengan ketaatan atau taqarrub pada Allah. Seandainya saja kamu memiliki satu permata dunia, pasti kamu akan tergoda dan tergila-gila.
Apatah lagi jika kamu memiliki satu hari paling baik di dunia?

Jika lailatul Qadar tidak diketahui waktunya, sedangkan hari Arafah diketahui dengan pasti waktunya


Maka, manfaatkan sebaik-baik kesempatan dan berusahalah semaksima yang anda mampu dengan jadwal istimewa pada hari Arafah. Kirimkan pada orang yang kalian sayangi, karena ia hanya sehari dalam setahun

1. Tidur lebih cepat agar bisa maksima beribadah esok paginya

2. Bangun sebelum subuh untuk sahur dengan niat puasa arafah

3. Solatlah minima 2/4 rakaat , mintalah kebaikan dunia akhirat dalam sujud, perbanyak tahmid berharap Allah menyampaikan kita pada hari turunnya rahmat dan ampunan Allah SWT

4. Perbanyak istighfar sebelum subuh sampai Allah menetapkan kita dalam golongan yg bertaubat di waktu sahur.

5. Bersiap berwudhu 5 menit sebelum azan subuh. Resapi dan rasakan dosamu berguguran bersamaan dengan aliran air wudhu.

6. Berdoa setelah berwudhu

7. Solat subuh kemudian berdiam dirilah di mushalla sampai waktu syuruq sekitar 15 minit

8. Mulailah membaca takbir setelah salam

9. Bacalah Al-Quran, perbanyak tasbih, tahmid, tahlil dan jangan lupa zikir pagi

10. Shalat Isyraq 2 rakaat agar mendapat pahala haji dan umrah bersama Rasul. Jangan sampai ketinggalan

11. Anda bisa memilih tidak tidur sama sekali pada hari Arafah agar tidak terlewat sedetikpun kecuali dipenuhi dengan ibadah dan zikir, dan yakinlah Allah akan mengabulkannya.

12. Atau anda bisa tidur dengan niat supaya bisa kuat beribadah.

13. Kemudian bangunlah, berwudhu , dan solat dhuha minima 4 rakaat dan sertai dengan ibadah lainnya. Takbir, zikir, tilawah dan perbanyak baca "La ilaha illallah wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syaiin qodir"

14. Solat zuhur, kemudian bertakbirlah, bertasbihlah dan baca Al-Quran

15. Dengarkanlah khutbah arafah dengan segenap jiwa, insyaallah tahun ini akan menjadi lebih luar biasa.

16. Shalat asar, takbir dan baca zikir petang

17. Bacalah Al-Quran sebelum maghrib kira-kira sejam, lalu mulailah berdoa dengan khusyu'. Sampaikanlah kondisi dan hajatmu pada Allah. Sertakan juga doa untuk saudara muslim seluruh dunia.

18. Berdoalah pada Allah agar matahari tidak terbit kecuali kita tercatat sebagai hamba yg terbebas dari api neraka.

19. Semoga Allah memberikan kita taufiq untuk beramal shalih dan kita berdoa agar diterima segala amalan kita.

Jangan lupa mengingatkan keluarga dan orang tersayang.
Semoga Allah jadikan kita sebagai orang yang diterima amalannya dan dibebaskan dari api neraka.
Jangan lupa perbanyak jg shalawat pada Nabi SAW

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Arafah

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‚ูŽุชูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุตููŠูŽุงู…ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุญู’ุชูŽุณูุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠููƒูŽูู‘ูุฑูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ู  ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ู ุตููŠูŽุงู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุจูุนูŽุฑูŽููŽุฉ

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2.Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas

3.Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‚ูŽุชูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉู‹ ุชูุดู’ุจูู‡ู ุนูŽุฏู’ู„ูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุตูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุจูุตูŽูˆู’ู…ู ุณูŽู†ูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุตูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽ ุจูุตูŽูˆู’ู…ู ุณูŽู†ูŽุฉ

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568)

4.Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.

ุณูุฆูู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุนูŽู†ู’ ุตูŽูˆู’ู…ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุจูุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุญูŽุฌูŽุฌู’ุชู ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตูู…ู’ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุนูŽ ุฃูŽุจููŠ ุจูŽูƒู’ุฑู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตูู…ู’ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุนูŽ ุนูู…ูŽุฑูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตูู…ู’ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุนูŽ ุนูุซู’ู…ูŽุงู†ูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตูู…ู’ู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ู„ูŽุง ุฃูŽุตููˆู…ูู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุขู…ูุฑู ุจูู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุฃูŽู†ู’ู‡ูŽู‰ ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุนููŠุณูŽู‰ ู‡ูŽุฐูŽุง ุญูŽุฏููŠุซูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŒ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฑููˆููŠูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ุฃูŽูŠู’ุถู‹ุง ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ู†ูŽุฌููŠุญู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุฌูู„ู ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ูˆูŽุฃูŽุจููˆ ู†ูŽุฌููŠุญู ุงุณู’ู…ูู‡ู ูŠูŽุณูŽุงุฑูŒ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุณูŽู…ูุนูŽ ู…ูู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑ

Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih

Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Ahad ini 16hb Jun 2024 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.
 


14hb Jun 2024
07hb Zulhijjah 1445H
Kita dapat buat baik, dapat tinggal maksiat, itu semua semata-mata atas sifat ihsan Allah kepada kita.

Lalu diberikan taufik untuk kita buat baik, tinggal maksiat.

Bila kita faham hakikat ini, tiada sebab untuk kita berasa lebih baik daripada hamba Allah yg lain.

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
Al-Qur'an sangat lembut
Dlm membimbing kita.

Al-Qur'an sebut sngt indah;
"Sabar".. boleh jadi pada benda yg kamu tak suka tu.. disitulah duduknya kebaikan yg banyak"
Masyaallah Al-Qur'an datang memujuk kita semua.

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
TIPS PAGI
========

Dekatkan diri dengan mereka POSITIF.
.
.
Usah fikirkan perkataan negatif orang. Jangan kerana emosi negatif daripada mereka kita yang menderita sepanjang hari.
.
.
Sedangkan sepanjang masa yang ALLAH beri adalah untuk menambah nilai 100 orang lain menjadi POSITIF.
.
.
.
Mereka tidak tahu usaha kita untuk ummah?
.
.
Tak apa... ALLAH maha mengetahui. Cukuplah.
.
Banyakkan berdoa untuk orang lain seperti kita berdoa untuk kita sendiri. Maksudnya doa yang paling baik yang paling kita nak.
.
Nak bersedih apahalnya? Senyum. :D
.
ALLAH kan ada.
.
Selamat Dhuha. :)
.
.
Buru Dhuha, Rezeki buru Anda. ;) In shaa ALLAH luar biasa. aamiin

Jom dapatkan buku FTR disini ๐Ÿ‘‡
http://bit.ly/SolusiRezQiBerkat769 atau wasap
Www.wasap.my/60126332904/nakdapatkn121ftr

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
Alhamdulillah terima kasih Allah.
Syukur dapat miliki buku FTR ini.

Penuh dengan ilmu yang bermanfaat untuk dijadikan panduan memperbaiki diri.

Teruja membaca hingga ke noktah terakhir. Gaya bahasa santai mudah difahami dan maksud sampai terus terkesan di hati.

In shaa Allah dapat amalkan ilmu yang bermanfaat ini.

-Nor Fadzilah Yaden-

Jom dapatkan buku FTR disini ๐Ÿ‘‡
http://bit.ly/SolusiRezQiBerkat769 atau wasap
Www.wasap.my/60126332904/nakdapatkn121ftr

Jemput join yer ๐Ÿ˜Š
TIPS_ILMU & KEBAHAGIAAN
๐ŸŒธ T.me/RahsiaRezkiMelimpah
๐ŸŒน Fb.me/rahsiarezkimelimpah769
2024/06/15 04:08:43
Back to Top
HTML Embed Code: