Telegram Web
CONFLICT MANAGEMENT
(PART 5)


Kenapa Pendam Konflik Lebih Bahaya Dari Gaduh Terus Terang?..🔥

Ramai orang fikir cara terbaik elak masalah ialah diam saja. Jangan gaduh, jangan cakap. Pendam dalam hati.

Nampak macam aman… tapi sebenarnya itu bom jangka!

Bila konflik dipendam:

🔥Rasa tak puas hati berkumpul perlahan-lahan.

🔥Kita mula hilang hormat pada orang itu tanpa sedar.

🔥Hubungan jadi hambar atau meletup tiba-tiba tanpa amaran.

Saya selalu tekankan dalam program Team Building kami, gaduh sihat jauh lebih baik daripada perang dingin.

Ia adalah proses Storming yang menjadikan sesebuah team itu lebih mantap dan berprestasi tinggi!

Sekurang-kurangnya bila kita bercakap, ada peluang untuk difahami.

Jadi apa teknik untuk elak pendam tapi tak sampai melukakan hati orang lain?

Gunakan satu formula mudah: “R.A.S.A”

1. Relaks dulu. Jangan mula berbual bila emosi tengah mendidih. Tarik nafas panjang, tenangkan diri.

2. Ambil fakta. Pisahkan apa yang berlaku daripada tafsiran atau andaian.

Contohnya, beri peringatan berdasarkan fakta seperti “Meeting kita mula 9.30..”

Bukan kenyataan bersifat assumption seperti: “Awak selalu tak hormat masa.”

3. Suarakan dengan “Saya”. Elak ayat “Awak ni…”

Contohnya, “Kerja saya agak terganggu bila kerja kalian siap lewat.”

4. Ajak cari jalan. Tutup dengan cadangan. “Apa kita boleh buat sama-sama supaya benda ni tak berulang?”
.

Memendam buat kita sakit hati sendiri. Perbualan terbuka dengan teknik yang betul buat hubungan lebih matang dan jujur.

Oleh itu, majikan dan leaders tak perlu takut untuk berbincang.

Takutlah bila semuanya senyap kerana ia ibarat sekam yang akan membakar keseluruhan sawah padi jika tidak dipadamkan bara atau apinya..

Belajar sesuatu?😊

#TZN
Sebarkan Kebaikan
Bagaimana 1 Program Boleh Ubah Mindset Bertahun-tahun?😲😲

Ada majikan dan HR yang tak pasti impak sesebuah program terhadap staf dan team.

“Boleh ke orang berubah dalam masa singkat? Mindset staf ni dah bertahun-tahun terbentuk.”

Itu ayat paling common saya dengar.

Sebenarnya, perubahan besar kadang-kadang tak perlukan masa bertahun.

Yang penting ialah trigger moment – satu detik yang buat seseorang nampak hidup dari perspektif berbeza.

Dan training yang dirancang dengan betul mampu jadi pencetus itu.

Saya bagi contoh. Ada seorang staf dalam program kami sebelum ni, dia selalu rasa dia tak dihargai.

Bila masuk training, ada satu aktiviti ringkas yang dedahkan betapa besarnya kasih sayang Allah dalam hidup dia.

Dan Allah sentiasa menghargai dia. Setiap saat!

Dan antara tanda kasih sayang Allah ialah dengan memberikan dia kerja, di saat ada orang takda kerja.

Air mata dia jatuh masa tu juga..

Esoknya, dia datang kerja dengan semangat lain. Majikan pun perasan perubahan tu. Hanya dengan asbab 1 program dia berubah.

Alhamdulillah..

Kenapa ia boleh jadi powerful?

👉 Pertama, training yang effective bukan sekadar bagi teori.

Ia bagi pengalaman emosi. Bila emosi terlibat, minda bawah sedar akan re-wire lebih cepat.

👉 Kedua, fasilitator gunakan teknik komunikasi yang proven macam NLP untuk buat peserta sedar pola lama mereka, dan buka pintu kepada pola baru.

👉 Ketiga, bila peserta nampak immediate result daripada aktiviti, mereka terus percaya pada potensi diri. Itu yang create momentum perubahan.

Bayangkan staf anda yang selama ni suka komplen, curi tulang dan ambil MC, lepas training mula nampak tanggungjawab dia pada team.

Atau agent yang selalu stuck dengan “tak pandai closing”, tiba-tiba dapat clarity dan jadi lebih yakin. Itu semua pernah jadi dalam program sehari.

Soalannya, sanggupkah anda terus biarkan staf atau team duduk dengan mindset lama – yang mungkin jadi penghalang besar pada growth jabatan, agensi atau syarikat?

Atau anda pilih untuk bagi peluang mereka alami satu hari yang boleh jadi turning point hidup dan kerjaya mereka?

Kadang-kadang, kita tak perlukan masa bertahun untuk berubah. Kita cuma perlukan satu hari yang betul.

Setuju?😊

#TZN
Sebarkan kebaikan
CONFLICT MANAGEMENT (Part 6)

Rahsia Komunikasi ‘Win-Win’: Bukan Siapa Menang Siapa Kalah 🔥

Bila berlaku konflik, ramai yang masuk mode “debate”. Masing-masing nak buktikan siapa betul, siapa salah.

Namun bila satu pihak “menang”, hubungan biasanya jadi longgar sebab pihak lain rasa “kalah”.

Saya belajar, komunikasi win-win bukan tentang siapa dapat lebih. Ia tentang cari jalan yang kedua-dua pihak boleh terima tanpa rasa tertekan.

Contoh di tempat kerja: staf rasa terbeban dengan deadline ketat. Bos pula perlukan projek siap cepat. Kalau terus tarik tali, takkan selesai.

Tapi kalau duduk bincang, mungkin staf setuju kerja lebih masa dua hari, bos pula setuju kurangkan beban projek seterusnya. Dua-dua dapat apa yang penting bagi mereka.

Di rumah pun sama. Pasangan nak masa berkualiti, seorang lagi penat balik kerja. Kalau gaduh, masing-masing rasa tak difahami.

Tapi bila duduk berbincang, boleh set masa rehat dulu 30 minit, lepas tu luang masa bersama. Win-win.

Bagaimana nak capai win-win?

👉 Fokus pada isu, bukan peribadi.

👉 Dengar dulu sampai habis, jangan potong.

👉 Cari “kepentingan bersama”, bukan sekadar menang hujah.

Komunikasi win-win bukan magic, tapi ia ubah konflik jadi peluang.

Bila dua-dua pihak rasa dihargai, hubungan jadi lebih kukuh, di pejabat mahupun di rumah.

Moga bermanfaat.😊👍

#TZN
SebarkanKebaikan
Kenapa Program Motivasi Cepat Luntur? Apa Solusi Long Lasting?🔥🔥

Kalau anda HR, majikan, team leader atau business owner, mesti pernah hadap situasi ni:

Hantar staf n team ke program motivasi. Balik memang bersemangat. Jalan penuh tenaga, siap janji nak capai target tinggi.

Tapi… dua minggu lepas tu, semua reda. Hilang macam angin lalu. Result? Zero.

Persoalannya, kenapa motivasi cepat sangat luntur?

Jawapannya mudah. Sebab kebanyakan program motivasi hanya “boost emosi” tanpa ubah cara fikir.

Bila emosi naik, semangat berkobar. Tapi bila balik ke environment asal, dengan cabaran sama, mindset lama takeover semula. Staf n team kembali ke comfort zone.

Itu sebabnya ramai majikan rasa program motivasi ni buang duit. Tapi realitinya, bukan program latihan yang salah – cuma pendekatannya kurang tepat.

Apa solusi yang long lasting?

👉 Mindset shift, bukan sekadar hype. Bila staf diberi toolset untuk ubah cara mereka lihat masalah, mereka tak perlu bergantung pada semangat sementara.

👉 Skill + Practice. Motivasi mesti disokong dengan kemahiran.

Contoh: ajar staf cara handle rejection, cara urus emosi atau cara komunikasi efektif. Bila mereka nampak hasil daripada skill baru, automatik motivasi sustain.

👉 Engagement selepas training. Simple follow-up seperti mini-coaching atau group sharing boleh kekalkan momentum. Ini yang jarang dibuat, padahal impaknya besar.

Saya sendiri pernah jalankan program dengan sebuah agensi yang sebelum ni dah cuba macam-macam motivational program.

Staff mereka balik dengan semangat, tapi drop semula. Bila mereka cuba pendekatan yang fokus pada NLP – iaitu teknik ubah cara berfikir dan komunikasi.

Barulah nampak perubahan jangka panjang alhamdulillah.

Team yang dulunya pasif mula ambil inisiatif. Konflik dah mula berkurangan. Suasana kerja pun makin ceria dan harmoni. Prestasi makin meningkat.

Soalan penting: Adakah kita masih nak “top up” semangat team dengan cara lama yang kesannya cuma sekejap?

Atau anda nak labur dalam program yang betul-betul ubah cara fikir dan cara kerja mereka, sekali gus bagi ROI lebih tinggi untuk organisasi?

Jika nak perubahan yang berterusan, kena tekankan 3 aspek penting di atas.

Ia adalah proven success dalam dunia latihan, berdasarkan 25 tahun pengalaman saya sebagai trainer.

Motivasi itu penting, tapi kalau tak diikat dengan mindset, skillset dan toolset, ia hanyalah api yang cepat padam.

Nak tahu program apa yang sesuai untuk staf n team? Pm tepi okeh.

Moga bermanfaat.👌

#TZN
Sebarkan kebaikan

#NLP #Leadership #EffectiveCommunication
#CorporateProgram #HRDC
TIP SUPAYA ANAK TAK TIDUR LEPAS SUBUH

Anak-anak jangan diajar tidur lepas Subuh. Nanti rezeki susah nak masuk.

Dulu anak-anak kami suka juga tidur lepas Subuh. Tapi lepas amal 3 tip ni, memang mereka tak buat dah.

Ini tipsnya:

1. Bincang dengan mereka sehari sebelum hari kejadian. Persetujuan melalui perbincangan lebih mudah dapat kerjasama drp paksaan.

2. Budayakan solat Subuh berjemaah. Lelaki di surau/masjid, perempuan di rumah.

3. Lepas solat Subuh berjemaah, terus ajak anak anak mengemas atau masak. Jangan bagi mereka main hp dulu, nanti momentum lari.

Lepas tu exercise. Main badminton ke, brisk walk ke. Yang penting badan bergerak dan tak tidur lepas Subuh.

Dah lebih 10 tahun kami amalkan ni.

Alhamdulillah, anak anak boleh follow. Dan ini gambar kami main badminton bermula jam 7 pagi tadi.

Moga bermanfaat buat ibu bapa yang dikasihi.

Assalamualaikum.😊

#TZN
Sebarkan kebaikan
2025/10/17 21:07:55
Back to Top
HTML Embed Code: